awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 perkara anda perlu tahu tentang iPhone 7, iPhone 7 Plus

Tengku Faeza Mastura
Tengku Faeza Mastura
08/09/2016
06:37 MYT
5 perkara anda perlu tahu tentang iPhone 7, iPhone 7 Plus
Tim Cook ketika pelancaran iPhone terbaharu daripada Apple
APPLE hari ini memperkenalkan telefon pintar terbaharunya – iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.
Antara yang menarik ialah iPhone terbaharu ini menampilkan ciri-ciri utama termasuk cip pemproses A10 yang lebih efisien, fungsi kamera yang sofistikated dan butang 'home' yang peka tekanan.
Berikut ialah ciri-ciri yang anda perlu tahu tentang iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

1) Reka bentuk
Reka bentuk iPhone 7 Plus
Reka bentuk iPhone 7 Plus
• Hadir dengan dua saiz iaitu 4.7 inci dan 5.5 inci, dengan lima kemasan warna termasuk dua versi warna hitam baharu iaitu kemasan kusam dan hitam berkilat • Mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan 6s, keluaran terbaharu ini merupakan iPhone kalis air dan kalis percikan (juga kalis habuk) pertama pernah direka. • Butang home terbaharu yang lebih canggih agar tahan lama, lebih responsif dan sensitif terhadap tekanan serta boleh diselaras mengikut kehendak pengguna.
2) Kamera Dwi-kamera iPhone 7
Dwi-kamera iPhone 7
• Penstabilan gambar optikal yang mengurangkan kabur akibat gegaran dan membolehkan kadar dedahan (exposure) sehingga tiga kali lebih baik berbanding 6s. • Apertur f/1.8 yang membenarkan sehingga 50 peratus cahaya dikesan oleh sensor dan secara tidak langsung memberikan kelebihan ketika mengambil gambar di dalam suasana pencahayaan rendah. • Quad-LED True Tone Flash – Empat lampu denyar LED pintar yang mengikut suhu warna dan 50 peratus untuk penghasilan gambar lebih jelas berbanding iPhone 6s. • Fungsi kamera 12MP yang dapat merakam video beresolusi tinggi sehingga 4K di samping kamera hadapan 7MP. Ciri-ciri lebih yang terdapat hanya pada iPhone 7 Plus adalah kamera bersudut lebar dan telefoto 12MP yang juga membenarkan zum sehingga 2x bagi optikal dan 10x bagi digital.
3) Cip pemprosesan A10 • Antara cip paling berkuasa yang menawarkan kadar pemprosesan dua kali lebih pantas dan lebih efisien daripada iPhone 6. • Mempunyai hayat bateri paling lama daripada mana-mana iPhone. • Kapasiti ditingkatkan kepada 32GB, 128GB dan 256GB.
4) Audio Airpod untuk iPhone 7
Airpod untuk iPhone 7
• Untuk pertama kalinya, iPhone didatangkan dengan pembesar suara stereo. • Pilihan Earpods bersama palam Lightning port atau fungsi wayarles Airpods yang boleh digunakan selama lima jam untuk satu kali pengecasan.
5) Perisian • Menggunakan perisian iOS 10 yang terbaharu daripada Apple. Sekiranya anda terlepas menyaksikan majlis pelancaran iPhone 7, saksikan video 107 saat ini:
Topic Berkaitan
#AirPod
#Apple
#iPhone 7
#iphone 7 plus
#latest iPhone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan