awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 perkara anda perlu tahu mengenai iPhone X

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
13/09/2017
03:42 MYT
8 perkara anda perlu tahu mengenai iPhone X
Timbalan PresidenKanan Pemasaran Sedunia Apple, Phil Schiller memperkenalkan iPhone X ketika acara pelancaran di Cupertino, California, Amerika Syarikat pada 12 September. Foto - REUTERS/Stephen Lam
SEMPENA ulang tahun ke-10 iPhone, syarikat teknologi terkemuka Apple Inc memperkenalkan telefon pintar yang dikatakan bakal membawa revolusi tersendiri dalam industri ini, iaitu iPhone X.
Apple sebelum ini pernah mengumumkan mereka mahu memperkenalkan sebuah iPhone yang mempunyai rekaan skrin menyeluruh supaya ia menjadi sebuah peranti yang memberi respon setiap sentuhan, suara dan imbasan pandangan pengguna.
Impian Apple itu kini direalisasikan melalui iPhone X. Berikut adalah lapan perkara yang anda perlu tahu mengenai iPhone X.
1. Skrin menyeluruh
Dengan bingkai yang sangat nipis, iPhone X dilengkapi dengan rekaan skrin menyeluruh yang bersaiz 5.8 inci yang kalis air dan habuk.
Rekaan skrin menyeluruh yang kalis air dan habuk iPhone X
Rekaan skrin menyeluruh yang kalis air dan habuk iPhone X
2. Paparan Super Retina
Selain buat pertama kalinya menggunakan paparan teknologi OLED, iPhone X turut menawarkan paparan Super Retina dengan kadar ketumpatan 458PPI.
3. Tiada lagi butang Home
Butang home pada iPhone X ini bakal digantikan dengan sokongan imbasan muka yang dinamakan sebagai Face ID.
Face ID iPhone X
Face ID iPhone X
4. Animoji - Revolusi Emoji baharu Animoji merupakan emoji beranimasi berdasarkan ekspresi wajah dan boleh digunakan melalui iMessage.
Animoji iPhone X
Animoji iPhone X
5. Kamera hadapan True Depth
Apple memperbaharui teknologi kamera hadapan iPhone, dengan memperkenalkan kamera True Depth, yang mempunyai ciri-ciri imbasan 3D. Ia turut menyokong mod gambar Potrait di bahagian kamera hadapan.
6. Pengecasan tanpa wayar
iPhone X akan menggunakan sistem pengecasan tanpa wayar universal yang dinamakan Qi, yang telah digunakan di beberapa kafe dan lapangan terbang di serata dunia.
Pengecasan tanpa wayar iPhone X
Pengecasan tanpa wayar iPhone X
7. Potrait Lighting
Walaupun dalam versi beta, ciri baharu kamera iPhone X iaitu Potrait Lighting mampu memberi sebab kepada mereka yang suka menangkap gambar untuk bagi memiliki telefon pintar ini. Ciri ini membolehkan pengguna untuk menyunting pengcahayaan sesebuah gambar yang diambil melalui mod Potrait.
iPhone X turut mengekalkan ciri dwi-kamera belakang dengan 12-megapiksel. Ia menggabungkan lensa telefoto (ƒ/2.8) dan lensa sudut-lebar (ƒ/1.8) dengan penstabilan imej optikal (OIS).
Potrait Lighting iPhone X
Potrait Lighting iPhone X
8. A11 Bionic
iPhone X dijana dengan cip pemprosesan yang baharu yang dikenali sebagai A11 Bionic. Apple mendakwa ini adalah cip pemprosesan yang paling canggih dan berkuasa tinggi bagi telefon pintar dengan teknologi neural.
Apple akan mula menerima tempahan awal bagi iPhone X mulai 27 Oktober depan dan akan dilancarkan pada 3 November nanti dengan harga kira-kira RM4,200 (USD $999) dengan variasi storan 64GB dan 256GB.
Topic Berkaitan
#Apple
#iPhone
#iphone x
#telefon pintar
#tim cook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan