ADAKAH “123456” masih lagi menjadi kata laluan anda untuk semua akaun tidak kira akaun media sosial mahupun akaun peribadi seperti bank dan akses-akses lain?

Jika ya, sudah tiba masanya untuk anda tukar kata laluan anda!

Bukan hanya digit itu yang sering kali digunakan sebagai kata laluan, malah ada sembilan lagi kata laluan yang sering kali digunakan.

Menurut tinjauan yang didedahkan oleh National Cyber Security Center, United Kingdom, terdapat 10 kata laluan yang sering digunakan warga internet.

Ini termasuk nama penyanyi kesayangan, pasukan bola yang disokong dan karakter kartun kegemaran yang terlalu lazim digunakan.

Malah, ia disifatkan sebagai rapuh dan tidak lagi selamat untuk digunakan memandangkan ramai yang sedia maklum mengenai perkara ini.


10 kata laluan tersebut adalah:

- 123456
- blink182
- liverpool
- superman
- manutd
- ashley
- michael
- cowboys1
- iloveyou
- abc123




Untuk rekod, digit “123456” sahaja sudah digunakan oleh 23.2 juta pengguna manakala “123456789” digunakan oleh 7.7 juta orang.

Manakala, kata laluan “qwerty” dan “password” juga masing-masing telah digunakan hampir 3 juta pengguna seluruh dunia.

Bagi menangani masalah akaun anda digodam, anda dinasihatkan untuk lebih kreatif dalam mereka kata laluan.

Cara paling mudah adalah menggabungkan tiga perkara yang menggembirakan hati anda dalam susunan rawak.