awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa yang anda perlu tahu mengenai produk terbaharu Apple, iPhone SE

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
22/03/2016
04:11 MYT
Apa yang anda perlu tahu mengenai produk terbaharu Apple, iPhone SE
Apple Inc pada Isnin (waktu tempatan) memperkenalkan gajet terbaru mereka, iPhone SE dalam satu sidang media rasmi di Cupertino,California.
Terbaru dari syarikat teknologi Apple Inc.!
Syarikat gergasi tersebut telah memperkenalkan produk terbaru mereka sebagai iPhone SE dalam satu sidang media di Cupertino,California pada Isnin (waktu tempatan).
Anda teruja? Berikut perkara-perkara yang anda perlu tahu mengenai gajet terbaharu Apple, iPhone SE.
1. iPhone SE tampil dengan paparan saiz skrin bersaiz 4-inci dengan resolusi 1136x640 pixel yang memaparkan Retina Flash.
2. Ciri Retina Flash dikatakan akan menjadikan skrin telefon tiga kali lebih cerah apabila pengguna merakam selfie.
iPhone SE
iPhone SE
Kredit Gambar: AFP
3. Ia juga tampil dengan reka bentuk yang hampir sama dengan iPhone 5S, iaitu butang ‘volume’ di bahagian atas telefon dan sisi yang berbentuk melengkung .
4. Sama seperti iPhone 6S, iPhone SE juga tampil dengan kamera 12 megapixel dengan sokongan video 4K.
5. Kamera depan 1.2MP dilengkapi dengan Retina Flash.
6. iPhone SE ini menggunakan chip A9 dan pemproses M9 yang digunakan dalam iPhone 6S, yang akan membolehkan pengguna mengaktifkan ciri Siri dengan hanya berkata: “Hi Siri”.
7. Harga bagi iPhone SE bermula daripada AS $399. Iphone SE ini dikatakan akan dilancarkan di beberapa negara pada 24 Mac ini.
8. iPhone SE ini akan dilancarkan dalam empat warna, iaitu silver, space grey, gold dan rose gold.
iPhone SE
iPhone SE
Kredit Gambar: AFP
9. iPhone SE hanya akan dilancarkan dengan dua model kapasiti penyimpanan iaitu 16GB dan 64GB.
10. Jangka hayat bateri iPhone SE juga dikatakan lebih baik daripada iPhone 5s.
Pada majlis yang sama, Apple turut mengumumkan peranti terbaharunya, iPad Pro yang tampil dengan saiz 9.7 inci dengan saiz memoru sehingga 256GB.
Kedua-dua peranti tersebut bakal memasuki pasaran Malaysia pada penghujung Mei nanti.
Susulan pelancaran telefon itu, netizen melahirkan pandangan berbeza tentang iPhone SE di media sosial.
I'm disappointed that the iPhone SE looks exactly the same as the 5s. /p>— Shannon (@HiImShaannonn) March 22, 2016
That iPhone Se look just like a 5s /p>— #issingMALIk (@ladyy_iy) March 22, 2016
So basically, iPhone SE physically looks like 5s and inside it like 6s. /p>— Reed (@FareedAzizz) March 22, 2016
Tak ada beza je iphone SE baru ni dengan 5/5S. They just added 2 new colors to the collection. Might as well get the 7 if u want an upgrade.
— Izzat Ratna (@IzzatRatna) March 22, 2016
Topic Berkaitan
#Apple
#gadget
#iphone se
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan