awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple mohon maaf prestasi iPhone perlahan

Najib Aroff
Najib Aroff
29/12/2017
04:41 MYT
Apple mohon maaf prestasi iPhone perlahan
Apple mengesahkan perisian iPhone memberi kesan kepada prestasi iPhone yang mempunyai masalah bateri kerana bateri lithium lama gagal menyalurkan kuasa secara sekata. - Gambar hiasan
Gergasi teknologi Apple Inc memohon maaf kepada pengguna iPhone pada Khamis selepas mengakui sistem operasi IOS terbaharu memberi kesan kepada prestasi iPhone yang mengalami kerosakan bateri.
“Kami sedar ramai orang menganggap Apple mengecewakan, kami memohon maaf,” kata syarikat itu dalam satu catatan di laman webnya.
Apple juga berkata akan mengurangkan kos penggantian bateri kepada pengguna bermula bulan hadapan serta menaik taraf sistem operasi IOS untuk memaklumkan kepada pengguna sama ada bateri iPhone mereka dalam keadaan baik atau perlu ditukar.
Syarikat itu berkata, harga penggantian bateri akan dikurangkan kepada AS$29 berbanding AS$79 untuk model iPhone 6 ke atas bermula tahun depan.
“Langkah ini bagi menghargai kesetiaan pengguna dan mendapatkan kembali kepercayaan pengguna yang ragu terhadap tindakan Apple,” kata syarikat itu.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas 9 saman difailkan di California, New York dan Illinois atas dakwaan syarikat itu sengaja memperlahankan prestasi iPhone model 7 dan ke bawah.
Pada 20 Disember, Apple mengesahkan perisian iPhone memberi kesan kepada prestasi iPhone yang mempunyai masalah bateri kerana bateri lithium lama gagal menyalurkan kuasa secara sekata.
Pengumuman itu membuatkan pengguna iPhone menuduh Apple sengaja memperlahankan prestasi peranti itu bagi tujuan komersial.
Topic Berkaitan
#Apple
#Apple mohon maaf
#California
#iPhone
#iphone x
#New York
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan