Axiata dan Telenor dalam satu persetujuan mengumumkan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan perbincangan untuk bergabung.

"Kedua-dua pihak bersetuju bahawa 'dalam tempoh empat bulan yang lalu, kedua-dua pihak telah menjalankan usaha wajar untuk bergabung, dan memuktamadkan untuk bergabung dalam suku ketiga tahun 2019", menurut satu kenyataan pada Jumaat.

'Oleh kerana beberapa kerumitan yang terlibat dalam transaksi yang dicadangkan, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengakhiri perbincangan," kata kenyataan itu lagi.


Axiata dan Telenor tidak mahu memberikan komen lanjut berkenaan isu ini.