SETIAP teknologi yang dibangunkan biasanya diinspirasikan oleh kejadian semula jadi yang ada di sekeliling.

Contohnya, kapal terbang yang dipercayai dicipta oleh adik-beradik Wrights merupakan hasil inspirasi burung yang mampu terbang di udara.

Terbaharu, sebuah syarikat pembangunan teknologi telah membina sebuah robot burung yang mampu terbang sama seperti burung.

Ia dibina oleh syarikat yang menggelarkan diri mereka sebagai Festo.

Burung pintar ini menggunakan teknologi aerodinamik untuk berlepas, terbang dan juga mendarat.

Semuanya dilakukan sendiri dan menjadikannya antara yang pertama mempunyai keupayaan untuk terbang secara semula jadi.