Buat pertama kalinya, Astro AWANI hadir ke CES 2019.
CES adalah acara terpenting di dalam dunia teknologi. Untuk tahun ini, lebih 4,500 peserta pameran akan melancarkan teknologi transformatif kepada lebih dari 180,000 peserta yang hadir.
Ini akan meliputi pelbagai aspek teknologi, termasuk penyambungan 5G (5G connectivity), kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), realiti maya (Artificial / Virtual Reality), bandar pintar (smart cities) dan daya tahan, sukan, robotika dan banyak lagi.
Berikut adalah lima perkara yang menjadi tumpuan CES tahun ini:
5G
Tumpuan terpenting adalah ‘ketibaan 5G’ di dunia elektronik pengguna. Eksekutif dari syarikat cip Qualcomm dan Intel, pengendali mudah alih AT & T dan Verizon di Amerika Syarikat, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif IBM akan menggariskan beberapa perkara penting dalam dunia 5G.
Ini termasuk melancarkan produk baru yang menggunakan rangkaian tanpa wayar baharu, yang menjanjikan kelajuan yang lebih tinggi, keperluan kuasa yang lebih rendah dan kemasukan elemen IOT, atau "internet of things".
Rangkaian 5G yang pertama kini sedang diuji di beberapa bandar di China seperti Shenzhen dan Guangzhou, serta di Amerika Syarikat seperti Los Angeles dan Houston.
Pembuat telefon pintar termasuk Samsung telah berjanji untuk melancarkan peranti yang menyokong teknologi dalam beberapa bulan akan datang.
Kereta Elektrik
Walaupun terdapat pelbagai berita tentang kereta panduan sendiri, industri ini masih lagi tidak membangun kerana produktiviti pembinaan kereta panduan sendiri masih lagi di peringkat awal.
Hanya syarikat Tesla sahaja yang mampu membawa industri ini bersaing dengan industri kereta petrol.
Maka tumpuan pada CES tahun ini adalah pada kereta elektrik.
Pameran edisi 2019 kali ini juga bakal menyaksikan lebih banyak robot penghantaran, dron dan skateboard elektrik pada pameran minggu ini, serta teknologi baru dalam hiburan serta bantuan pemandu.
Peranti Kesihatan
Dunia elektronik tahun ini akan menyaksikan pelbagai lagi peranti yang akan memasuki dunia teknologi pengguna.
Peranti seperti penjejak kesihatan, penggunaan perkakas rumah yang pintar, alat pengesan lokasi 24 jam, dan sebagainya akan memasuki dunia teknologi untuk tahun 2019 dengan lebih terkesan.
Perkara utama yang harus difikirkan adalah tentang unsur pembikinan dan pembinaan, di mana banyak kilang-kilang pembuatan peranti kesihatan terletak di China, dan disebabkan perang dagang antara Amerika Syarikat dengan China, adakah pembuatan barangan seperti peranti kesihatan akan terjejas.
Justeru, meskipun teknologi sudah ada, tetapi pembikinan mungkin tidak mampu membuat jutaan peranti untuk dilancarkan ke pasaran.
Pembesar Suara Pintar
Pembesar suara pintar seperti Amazon Echo dan Google Home adalah perkara yang paling dekat dengan industri perkakasan yang telah menemui pengganti telefon pintar, dengan Amazon sendiri mendakwa ia menjual "puluhan juta" peranti Echo tahun lepas.
Industri ini mungkin akan lebih pesat membangun di pasaran yang menggunakan bahasa penting dunia, seperti Bahasa Inggeris, Mandarin, Jepun, dan sebagainya. Penggunaan pembesar suara pintar untuk dunia Malaysia dan nusantara mungkin masih jauh lagi untuk dipasarkan.
Pemeriksaan genetik
Jika dahulunya pemeriksaan genetik memberi tumpuan terhadap ujian genomik manusia, CES 2019 akan menyaksikan pelancaran ujian genomik untuk haiwan peliharaan.
Syarikat Basepaws adalah antara syarikat pemeriksaan genetik yang akan mempamerkan produk mereka. Basepaws akan memberi ujian genomik untuk kucing.
Sebagai syarikat pertama di dunia yang akan melakukan perkara ini, Basepaws menawarkan pengujian DNA langsung kepada pengguna untuk kucing mereka, yang memberi tumpuan kepada penyebaran informasi baka dan pemahaman kesihatan.
Kepenggunaan teknologi ini mungkin akan menular kepada pelbagai industri lain, seperti industri ternakan dan pembiakan daging.
Ikuti pengembaraan Astro AWANI di pameran CES yang akan bermula pada Selasa, 8 Januari 2019 secara lansung di Las Vegas Nevada, Amerika Syarikat
Ibrahim Sani
Sun Jan 06 2019
CES merupakan acara terpenting untuk industri teknologi di dunia. - Foto CTA
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke