Empat perkara yang bukan lagi 'ajaib' apabila 5G dilancarkan

Empat perkara yang bukan lagi 'ajaib' apabila 5G dilancarkan
Spektrum 5G apabila dilaksanakan kelak, membolehkan kita melakukan apa yang kita kini sifatkan sebagai keajaiban. - Astro AWANI
KETERUJAAN 5G semakin terasa di Malaysia tatkala ujian mengenai spektrum Internet berkelajuan tinggi berkenaan bakal dilancarkan pada Khamis.

Bagaimanapun ramai beranggapan ia hanyalah talian Internet berkelajuan tinggi, seperti mana yang sudah kita nikmati.

Akan tetapi pada hakikatnya, spektrum ini apabila dilaksanakan kelak, membolehkan kita melakukan apa yang kita kini sifatkan sebagai keajaiban.




Ini adalah empat perkara yang bukan lagi 'ajaib' apabila 5G dilancarkan.
1. Pembedahan secara 'remote'

Doktor yang melakukan pembedahan boleh menggunakan peralatan yang boleh dihubung capai menggunakan 5G untuk melakukan pembedahan kepada pesakit tanpa perlu berada di bilik pembedahan.

Doktor yang membedah pesakit juga boleh merasai tindak balas dari tubuh pesakit, jika ada.

2. Kenderaan tanpa pemandu

Kenderaan tanpa pemandu sudah lama diimiginasikan oleh pengeluar-pengeluar kereta seluruh dunia, tetapi masih belum dapat dilaksanakan.

Tetapi dengan kelajuan Internet yang bakal dibawakan oleh 5G, setiap kenderaan kini mampu berkomunikasi antara satu sama lain untuk memastikan ia tidak saling berlanggar serta faham tanda lampu lampu isyarat.

3. Dron

Lebih banyak potensi dron akan dibongkar menerusi teknologi 5G. Antara yang paling ditunggu-tunggu ialah kemampuan pemandu dron untuk mengawalnya secara tepat terutama sekali ketika ia menghantar visual secara langsung.

4. Realiti maya (virtual reality)

Jika ketika ini kita sudah boleh berbangga kerana mampu berhubung secara video secara langsung dengan sesiapa sahaja, teknologi 5G membolehkan panggilan video dibuat secara realiti maya.

Ini akan menjelmakan pelbagai lagi kemungkinan dalam cara kita berkomunikasi pada masa hadapan.

BACA: Tak mainlah video call, tak lama lagi Malaysia akan ada Hologram Call!

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bakal melancarkan ujian 5G pada Khamis di mana ia akan jadi titik tolak kepada penyertaan Malaysia dalam teknologi berkenaan.








 

Tag: 5g, Mahathir Mohamad, SKMM, Gobind Singh Deo, Tun M, digital, video


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.