awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Facebook mohon maaf isu WhatsApp, Instagram dan Facebook terjejas

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
04/07/2019
02:19 MYT
Facebook mohon maaf isu WhatsApp, Instagram dan Facebook terjejas
Jelas Facebook, ketiga-tiga laman dan aplikasi itu sudah pun kembali normal dan pihaknya juga tampil memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami orang semua penggunanya. - foto Astro AWANI
BERIKUTAN insiden laman Facebook, Instagram dan WhatsApp yang mengalami masalah gangguan teknikal pada malam Rabu, syarikat rangkaian sosial Facebook mengeluarkan kenyataan khas berhubung isu berkenaan.
Jelas Facebook, ketiga-tiga laman dan aplikasi itu sudah pun kembali normal dan pihaknya juga tampil memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami orang semua penggunanya.
“Sebelum ini, orang ramai dan syarikat perniagaan mengalami masalah memuat naik atau menghantar imej, video dan fail lain pada aplikasi dan platform kami.
“Isu ini telah diselesaikan oleh kami dan kami memberi jaminan seratus peratus kepada semua orang untuk kembali ke laman kami. Kami minta maaf atas sebarang kesulitan,” kata syarikat rangkaian gergasi itu menerusi satu entri terbaharu di laman Twitter.
Earlier today, some people and businesses experienced trouble uploading or sending images, videos and other files on our apps and platforms. The issue has since been resolved and we should be back at 100% for everyone. We're sorry for any inconvenience.
— Facebook (@facebook) July 4, 2019
Sebelum ini, rata-rata pengguna merungut tidak dapat memuat naik gambar, video mahu pun status di dua laman sosial tersebut, malah ada yang tidak dapat menyemak kemas kini terbaru di akaun media sosial masing-masing.
Yep. Facebook, Instagram and WhatsApp. Theyre down again! #facebookdown #Facebook#Instagram#WhatsApp pic.twitter.com/iB6Hv6yteR
— Sharron Melton (@sharronmelton01) July 3, 2019
Semakan di laman Down Detector mendapati, Instagram mendapat 1,481 aduan, manakala Facebook (483 aduan) dan WhatsApp (254 laporan) yang meningkat dari semasa ke semasa.
Difahamkan, masalah gangguan teknikal ini berlaku di seluruh dunia.
Selain Malaysia dan Indonesia, negara lain yang turut mengalami laporan paling tinggi terjejas ialah timur Amerika Syarikat, Eropah dan Brazil.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Instagram
#laman sosial
#Media
#Twitter
#video
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan