Tutup

Gangguan Tweetdeck di seluruh dunia

Gangguan Tweetdeck di seluruh dunia
Aplikasi web Tweetdeck mengalami gangguan perkhidmatan sejak awal pagi Selasa menyebabkan ramai pemilik akaun laman sosial itu berdepan kesukaran.
KUALA LUMPUR: Aplikasi pengurusan akaun media sosial Twitter,  Tweetdeck dilaporkan mengalami gangguan perkhidmatan sejak awal pagi Selasa menyebabkan ramai pemilik akaun laman sosial itu berdepan kesukaran.

Gangguan berkenaan bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia dan pengguna hanya boleh melihat  paparan log masuk Tweetdeck.

Menurut Outrage Report, gangguan itu mula dilaporkan di utara dan selatan Amerika, Eropah dan Asia Pasifik.

Gangguan Tweetdeck di seluruh dunia
Pemilik yang cuba mendaftar masuk kemudiannya akan dibawa ke laman normal Twitter untuk web dan gangguan sama masih berlaku sehingga tengah hari.

“Kami sedar akan gangguan yang berlaku di Tweetdeck dan masih melakukan siasatan. Kami akan kemaskini status dari semasa ke semasa,” kata jurucakap Twitter kepada Business Insider.
Jelas sekali, gangguan Tweetdeck nyata menyebabkan ramai pengguna aplikasi itu menghadapi masalah terutama yang menggunakan aplikasi berkenaan untuk menguruskan akaun di platform media sosial yang lain.



Tag: Tweetdeck, Twitter, Media, media sosial, laman sosial, Malaysia, siasatan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.