awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara Shah Rukh Khan, Ajay Devgan jadi suri rumah Kajol

Gempak
Gempak
10/09/2015
05:25 MYT
Gara-gara Shah Rukh Khan, Ajay Devgan jadi suri rumah Kajol
BINTANG terkenal Bollywood iaitu Ajay Devgan yang sering dilihat memegang watak ganas sanggup menjadi suri rumah semata-mata kerana cintanya terhadap isteri, Kajol. - Gambar Astro Gempak
BINTANG terkenal Bollywood iaitu Ajay Devgan yang sering dilihat memegang watak ganas sanggup menjadi suri rumah semata-mata kerana cintanya terhadap isteri, Kajol.
Adakah ini bermakna Ajay sudah sedia meninggalkan dunia Bollywood?
Rupa-rupanya, semua ini hanyalah kerana Kajol telah mula sibuk dengan projek filem terbarunya, Dilwale.
Menurut laporan portal Pink Villa, penggambaran filem Dilwale telah pun bermula Jun lalu dan filem tersebut telah menggandingkan Kajol dan pasangan hebatnya, Datuk Shah Rukh Khan.
Berdasarkan jadual, filem ini akan menjalani penggambaran di Bulgaria dan Iceland.
Justeru, kesibukan Kajol itu telah membuatkan suaminya Ajay Devgan mengambil tugasnya sebagai suri rumah tangga menguruskan hal anak-anak.
Aktor filem All the Best: Fun Begins ini akan memastikan anak-anaknya ke sekolah, selain menguruskan kerja-kerja sekolah di rumah sambil menyiapkan projek filem terbaru yang bakal diterbitkan.
Ketika ini Ajay sedang terlibat dalam projek filem Shivaay dan penggambaran filem itu akan bermula tidak lama lagi.
Namun kemungkinan kerja-kerja pra produksi filem Shivaay akan mengalami sedikit kelewatan akibat kesibukan Kajol dengan filemnya dan ini menyebabkan Ajay perlu menguruskan anak-anak di rumah.
Ketika ini, Kajol sedang menjalani penggambaran klip lagu yang akan dipaparkan dalam filem Dilwale di Iceland dan akan berada di sana selama 12 hari.
Topic Berkaitan
#Ajay Devgan
#Bollywood
#Dilwale
#Kajol
#Pink Villa
#Shah Rukh Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan