PERANTI kehidupan pintar HUAWEI yang diperkenalkan baru-baru ini telah menarik minat ramai pekerja dan ahli perniagaan disebabkan fungsi teknologinya yang canggih.

Salah satunya ialah Mate 30 Pro yang mempunyai fungsi AI Gesture Control yang membolehkan anda mengawal telefon anda tanpa menyentuh skrin.

Selain itu, dengan fungsi Multi-screen Collaboration, anda boleh mengendalikan atau memindahkan fail kerja anda dengan mudah di antara MateBook 13 dan siri HUAWEI Mate 30.

Tetapi, dengan pelbagai pilihan peranti yang ada, ia akan memakan kos yang tinggi untuk pengguna yang ingin menggunakan lebih daripada satu peranti.

HUAWEI memahami masalah ini, dan ia telah melancarkan pakej yang mempunyai peranti HUAWEI x Gentle Monster, Watch GT 2, dan FreeBuds 3 dengan hanya RM25.69 sehari.



Sambungan Yang Lancar Di Mana Jua

Siri HUAWEI Mate 30 dikuasakan oleh Kirin 990 yang dihasilkan oleh HUAWEI. Dengan cip ni bersama dengan EMUI 10, anda boleh menggunakan pelbagai fungsi AI seperti AI Gesture Control di mana anda boleh menggunakan isyarat tangan untuk mengawal fon Mate 30 anda.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan fungsi AI Auto Rotate yang mengenal pasti pandangan anda dan menetapkan orientasi telefon yang betul walaupun pada permukaan yang rata kerana ia tidak menggunakan giroskop seperti di telefon lain.

Tambahan lagi, dengan AI Private View, apabila HUAWEI Mate 30 anda mengesan pandangan selain daripada penggunanya, ia akan menyembunyikan kandungan notifikasi anda supaya maklumat sulit anda tidak akan dibaca oleh orang lain.

Siri HUAWEI Mate 30 juga mempunyai kamera 40MP Cine untuk gambar yang jelas yang sesuai untuk tugasan fotografi anda.

Dengan HUAWEI SuperCharge juga anda boleh mengecas telefon dengan cepat untuk penggunaan lebih lama bagi menyiapkan lebih banyak tugasan.



Siri MateBook 13 Untuk Semua Tugasan Kerja Anda

Dengan fon HUAWEI yang mempunyai fungsi NFC (near-field communication) dan peranti yang mempunyai EMIU 9.1 sehingga EMUI 10, anda hanya perlu tekan logo ‘One Touch’ pada MateBook 13 untuk menyambung telefon anda dengan sekelip mata.

Kedua-dua peranti tersebut juga sesuai untuk permainan ataupun untuk tugasan kerja anda. Selain itu, siri HUAWEI MateBook 13 menggunakan kipas sirip jerung V2.0 yang mempunyai kelantangan udara yang besar untuk pelepasan haba dengan lebih efisien supaya anda boleh menggunakannya untuk jangka masa yang lebih panjang.



Watch GT 2 Untuk Sambungan Kepada HUAWEI Mate 30

Kebanyakan pekerja muda dan ahli perniagaan sekarang bukan sahaja fokus terhadap pekerjaan sahaja, malah mereka juga memberikan tumpuan pada kesihatan badan dan minda. Oleh sebab itu, mereka akan membuat senaman sebelum atau selepas pekerjaan.

Tetapi kadang-kadang terdapat panggilan atau mesej daripada bos ataupun klien ketika senaman. Dengan sambungan Watch GT 2 kepada fon anda, anda tidak akan terlepas panggilan ataupun mesej penting.

Selain itu, Watch GT 2 juga mempunyai pelbagai fungsi untuk memantau kesihatan dan keberkesanan senaman anda.

Dengan fungsi mikrofon dan pembesar suara pada Watch GT 2, anda juga boleh memainkan muzik ketika senaman ataupun membuat panggilan melaluinya.



FreeBuds 3 Untuk Pengalaman Muzik Yang Unik

FreeBuds 3 mempunyai pembatalan suara pintar yang unik supaya anda boleh menikmati lagu anda tanpa sebarang gangguan.

Selain itu, dengan rekaan berbentuk ikan lumba-lumba yang luar biasa yang mengikuti struktur lubang telinga manusia, anda boleh memakainya untuk panggilan atau untuk mendengar lagu sepanjang hari dengan selesa tanpa berasa sakit atau tidak selesa.



Dengan menggunakan algoritme Bluetooth generasi baharu, ia dapat mengenal pasti gelombang bunyi luaran dan membatalkannya supaya anda dapat membuat panggilan ataupun menikmati lagu tanpa gangguan.

Untuk mendapatkan peranti-peranti kehidupan pintar HUAWEI di atas, anda hanya perlu membayar RM25.69 sehari sahaja selama 12 bulan.

Rujuk jadual di bawah untuk cara pembayaran:



HUAWEI melancarkan pakej terbaru ini untuk kebaikan pengguna agar mereka mampu mendapatkan peranti HUAWEI yang memudahkan kerja dan kehidupan tanpa perlu berbelanja banyak.

Cepat layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my/ untuk pelbagai pakej yang menarik!