TUGAS sebagai wartawan sememangnya amat mencabar. Selain kecekalan dan kepintaran dalam mengolah bahan kandungan, seseorang wartawan di lapangan, khususnya, perlu pantas menyampaikan berita melalui apa jua kaedah serta kelebihan teknologi.

Untuk itu, penggunaan peranti yang menepati keperluan amat penting dalam memastikan wartawan terus kekal di lapangan tanpa perlu pulang ke pejabat untuk memfailkan bahan berita.

Jika dahulu wartawan di lapangan hanya bertemankan buku nota dan alat perakam suara, kini penggunaan telefon bimbit sudah mengambil alih semua keperluan itu, menjadikannya antara 'senjata’ penting masa kini bagi golongan pemberita.

Namun apakah ciri-ciri terkini telefon pintar ini yang dilihat sebagai alat terbaik bagi wartawan multimedia terutamanya untuk melaporkan berita dari lapangan?

Penulis berpeluang mencuba peranti Huawei Mate 10 Pro dan mendapati kesemua keperluan itu dipenuhi malah ia menjanjikan lebih daripada sekadar telefon mudah alih biasa.


1. Kepintaran Kecerdasan Buatan (AI)

Teknologi AI dibangunkan bagi memudahkan urusan pengguna. Contohnya, cip Kirin 970 yang dikuasai dengan Unit Pemprosesan Neural (NPU) mampu mengimbas 2,000 gambar dalam satu minit.

Huawei Mate 10 Pro

AI mudah alih juga membantu wartawan dalam kepantasan penterjemahan dengan hanya menggunakan kamera peranti. Caranya mudah, imbas kertas kenyataan media dalam Bahasa Inggeris dan ia akan menterjemahkannya kepada Bahasa Melayu.

Selain itu, AI juga memberikan kuasa pemprosesan 25 kali lebih baik berbanding telefon biasa. Jadi, pengguna akan merasai aplikasi yang dibuka di peranti menjadi lebih cepat.


2. Tenaga bateri yang lebih efisyen

Seseorang wartawan lazimnya akan menggunakan sekurang-kurangnya lima aplikasi dalam proses pengumpulan dan penyebaran maklumat, termasuk aplikasi perakam suara dan catatan nota.

Kadang-kala mereka juga ditugaskan untuk melakukan penstriman langsung melalui media sosial. Hal ini menyebabkan bateri telefon pintar akan habis dengan cepat.


Namun, tiada apa yang perlu dirisaukan jika peranti mudah alih anda mempunyai ketahanan bateri sekurang-kurangnya 4000 mAh selain turun dilengkapi sistem pengecasan pantas.

Huawei Mate 10 Pro


3. Teknologi kamera

Jika diperhatikan, kamera telefon pintar kini dilengkapi dengan dwi-lensa yang membolehkan pengguna merakam sebuah gambar dengan teknik bokeh (mengaburkan latar belakang dengan memberi fokus kepada subjek utama).

Lebih menakjubkan jika kamera tersebut dilengkapi lensa Leica Dual Lens yang sememangnya terkenal dengan penghasilan imej setanding kamera DSLR.

Kini seorang wartawan tidak perlu lagi menggalas kamera DSLR yang besar dan berat untuk memperoleh kualiti gambar yang menakjubkan.

Huawei Mate 10 Pro

Huawei Mate 10 Pro

Gambar yang mempamerkan hasil bokeh luar biasa ini boleh dipilih melalui fungsi Wide Aperture dan Potrait dalam aplikasi kamera.

Huawei Mate 10 Pro

4. Fungsi 'Jalan Pintas'

Ultra Shot -
Apabila berdepan detik-detik yang tidak dijangka, wartawan perlu bergerak pantas untuk merakamkan kejadian itu. Untuk itu, fungsi 'jalan pintas' pada peranti Mate 10 ini memainkan peranan yang amat berkesan. Contohnya, fungsi Ultra Shot dalam aplikasi kamera membolehkan wartawan merakam gambar yang spontan atau tidak dijangka secara pantas dengan hanya menekan dua kali butang volum rendah.

Knuckle Gesture - Ketuk skrin telefon pintar menggunakan dua jari, sebagai jalan pintas untuk membuka aplikasi perakam suara. Contohnya, bagi membantu wartawan menemu ramah mana-mana individu yang dikehendaki secara spontan.

5. Storan - Apabila merakam gambar dan merekod video pada kualiti tinggi, ia semestinya menggunakan ruang storan peranti yang banyak. Bukan masalah pada peranti Mate 10 Pro kerana kapasiti storan 128GB sudah memadai bagi wartawan untuk melakukan kerja-kerja merakam dan menyunting video di telefon pintar pada tahap minimum.

6. Slot Dwi Sim - Jika melaporkan dari luar negara untuk tempoh yang lama, penggunaan kad sim tempatan sangat dititkberatkan. Jadi dengan slot dwi sim membantu wartawan untuk menggunakan kad sim tempatan tanpa menanggalkan kad sim sedia ada.


Secara keseluruhannya penulis amat teruja dengan kemampuan yang ada pada peranti ini. Kelebihan serba lengkap dan canggih yang disajikan Huawei Mate 10 Pro nyata memudahkan tugas penulis sebagai wartawan yang kerap mencari bahan berita di lapangan.

Melihat kepada ciri-ciri dan fungsi yang canggih pada peranti ini bunyinya seperti sukar dimiliki. Tapi percaya atau tidak, anda boleh memiliki peranti mudah alih yang mempunyai cip pemprosesan AI pertama di dunia ini dengan harga hanya RM2,699 di https://goo.gl/qwGWvj.

Ini bukan telefon pintar, ini ialah #HuaweiMate10Pro.