JUTAAN pengguna Instagram panik selepas menyedari berlaku gangguan beberapa jam lalu yang menyebabkan aplikasi itu ‘lumpuh.’

Rata-rata pengguna dari Indonesia, Malaysia, Amerika Syarikat, Jepun termasuk beberapa negara Eropah berdepan dengan situasi itu sebelum bertindak melaporkannya di laman web Down Detector.

Semua fungsi aplikasi itu lumpuh menyebabkan laman web Down Detector dihujani ribuan komen yang rata-ratanya bertanya punca dan jangkaan gangguan akan pulih.

Sebahagian pengguna gagal memuat naik gambar mereka, menghantar pesanan dan ada juga yang diarah untuk log masuk ke akaun masing-masing walaupun gagal selepas mencuba beberapa kali.

Seperti dijangka, kekecohan ini berlanjutan sehingga ke Twitter yang menyaksikan ribuan ‘kicauan’ heboh memperkatakan gangguan Instagram seakan-akan dunia mahu berakhir!


Pada Mac lalu, semua platform media sosial termasuk Facebook, Twitter dan Whatsapp turut dilaporkan mengalami gangguan.

Gangguan kepada aplikasi itu telah mengundang perbualan hangat di Twitter selepas rata-rata pengguna mula panik kerana tidak dapat mengikuti perkembangan terbaharu di Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lepas ialah tiada posting terbaharu yang dikesan pada ketiga-tiga platform berkenaan.

Meskipun Instagram sudah kembali pulih di beberapa negara, Thailand difahamkan masih lagi mengalami gangguan berkenaan.