awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah Apple henti iTunes bukan reaksi balas terhadap krisis Huawei

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/06/2019
04:58 MYT
Langkah Apple henti iTunes bukan reaksi balas terhadap krisis Huawei
Pengguna sudah mengalami masalah dengan iTunes sejak bertahun lamanya. - Wikipedia
Langkah menghentikan iTunes merupakan satu reaksi di pihak Apple terhadap aduan yang diterima daripada pengguna, dan bukan tindak balas terhadap krisis yang melanda pesaing mereka.
Ini kerana, masalah dengan iTunes yang dihadapi pengguna bukan baru bermula, sebaliknya, sudah berlarutan sejak lima tahun kebelakangan ini.
"Pengguna merasakan aplikasi iTunes tidak efisien yang menyebabkan kesukaran mencari kandungan yang dikehendaki.
"Kerana itu, Apple memutuskan memisahkan kandungan menerusi tiga platform berbeza iaitu Apple Music, Apple TV dan Apple Books, untuk kemudahan pengguna," kata Ketua Kandungan portal Amanz.com, Effi Saharudin.
Kata Effi, langkah menghentikan iTunes secara umumnya bukan satu kejutan, malah dilihat tidak akan memberi kesan langsung atau ketara kepada pengguna produk Apple.
"Tidak timbul isu pengguna risau akan kehilangan kandungan kerana majoriti pengguna memang sudah menggunakan ketiga-tiga platform itu," ujarnya.
Tambah Effi lagi, perancangan untuk menghentikan iTunes sudah kedengaran sejak setahun lalu, justeru adalah tidak tepat jika ada pihak cuba mengaitkannya dengan krisis yang melanda Huawei sejak beberapa minggu ini.
"Ini reaksi Apple terhadap rungutan pengguna, bukan sebab lain. Seperti kata Steve Jobs, jika perisian dan user experience tidak bagus, tiada orang mahu menggunakan produk itu.
"Apple tidak teragak-agak untuk menghentikan sesuatu yang dilihat tidak berfungsi seperti yang diharapkan, walaupun pada dasarnya iTunes cukup sinonim dengan Apple.
"Secara umum, mungkin kita akan melihat jualan produk Apple seperti iPhone akan terus turun di China, tetapi ia bukan kerana langkah yang diambil mereka ini," katanya lagi.
Media pada Sabtu melaporkan Apple dijangka akan membuat pengumuman penghentian aplikasi iTunes pada Isnin.
Sejak dilancarkan pada 2001, iTunes berkembang menjadi gergasi media dan 'pusat sehenti' untuk pengguna menggunakan media termasuk muzik, filem, dan TV.
Topic Berkaitan
#Apple
#Apple Books
#apple music
#apple tv
#Effi Saharudin
#filem
#iPhone
#Media
#muzik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan