Usaha pengambilan pekerja secara dalam talian bagi bidang teknologi maklumat (IT), telekomunikasi serta industri perniagaan pemprosesan berasaskan IT meningkat sebanyak 12 peratus pada April berbanding tempoh sama, tahun lepas.
Mengikut Indeks Pekerjaan Monster Malaysia (MEI) yang diumumkan Monster.com pada Rabu, industri minyak dan gas (O&G) turut meningkat sebanyak 11 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun pada April manakala sektor pengeluaran/pembuatan, automotif dan sampingan pula bertambah sebanyak enam peratus.
Pengarah Urusan Monster.com bagi rantau Asia Pasifik dan Asia Barat, Sanjay Modi berkata tinjauan MEI bagi kumpulan pekerjaan pula mendapati bidang pembangunan perniagaan dan jualan mendapat permintaan tertinggi untuk pengambilan secara dalam talian iaitu sebanyak sembilan peratus.
Bagaimanapun, ketidaktentuan pasaran tenaga buruh Malaysia yang terus ketara, memerlukan perniagaan melaksanakan strategi modal insan yang meminimumkan ketidakpadanan kemahiran antara siswazah serta keperluan semasa industri.
"Tenaga kerja global merupakan elemen yang sering berubah. Sehubungan itu, adalah penting untuk institusi kerajaan, industri dan pendidikan bergerak seiring bagi menyokong pekerja dalam pertengahan karier meningkatkan kemahiran mereka.
"Lebih-lebih lagi sejajar peranan pembangunan perniagaan dan jualan sebagai peneraju, akan menyebabkan hanya pekerja yang memiliki perspektif lebih baik dan berkemahiran dari segi komersial menjadi pilihan dan mendapat permintaan tinggi.
"Malaysia perlu menangani cabaran kemahiran di negara ini dan membantu ekonominya mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020," kata MEI.
Sementara itu, dari segi pengambilan kerja secara menyeluruh menyaksikan Malaysia mengalami penyusutan sebanyak 11 peratus bagi tahun ke tahun manakala sektor peruncitan terbukti paling merosot iaitu turun 36 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2017
Usaha pengambilan pekerja secara dalam talian bagi bidang teknologi maklumat (IT), telekomunikasi serta industri perniagaan pemprosesan berasaskan IT meningkat sebanyak 12 peratus pada April. - Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
MIDA sambut baik pelan Microsoft dalam inisiatif bersama Malaysia
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyambut baik pelan Microsoft Corp untuk menubuhkan pusat data serantau pertamanya di Malaysia yang akan mempercepatkan inovasi negara.
IBM bakal tutup pusat operasi di Cyberjaya akhir Mei ini
Penutupan pusat global yang menyokong prasarana teknologi maklumat (IT) pelanggan di Malaysia tidak memberi kesan terhadap operasi IBM
Microsoft, Amazon dan Google tunjuk minat bantu bidang IT di Malaysia - PM
Syarikat gergasi teknologi global, Microsoft, Amazon dan Google menunjukkan minat untuk membantu Malaysia dalam bidang teknologi maklumat.
Saham Serba Dinamik naik berikutan raih kontrak di Abu Dhabi
Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd meningkat 19 sen kepada RM1.87 pagi ini selepas meraih kontrak pembinaan bernilai RM7.71 bilion di Abu Dhabi.
Malaysia boleh capai status maju berasaskan acuan sendiri - Rafidah Aziz
Beliau berkata Malaysia perlu mengelak persepsi sempit bahawa status maju itu hanya boleh dicapai setelah mencatatkan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi.
Gangguan KLIA, belum ada petunjuk disabotaj - Ketua Polis Negara
Siasatan terhadap gangguan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ogos lalu mendapati tiada petunjuk drastik berlakunya perbuatan sabotaj.
IT : Chapter Two kembali menghantui anda
Bagaimana jika yang mati, tetapi belum mati sepenuhnya?
'Cyberjaya bukan perniagaan hartanah, tapi ...' - Azmin
Cyberjaya bukan sebuah hab pembangunan hartanah malahan ia harus mencontohi model Silicon Valley di Amerika Syarikat sebagai hab internet dan teknologi di Malaysia.
Menjelang PRU14: Bimbang susah dapat kerja? Ada berita baik untuk anda!
Setiap pihak yang bertanding pasti perlukan rancangan terperinci untuk menurunkan kadar penggangguran dan menambah peluang pekerjaan bagi meraih sokongan rakyat.
Masyarakat perlu sedia hadapi Revolusi Industri 4.0 - Salleh
Masyarakat perlu bersedia menghadapi revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) dan segala cabarannya untuk terus memajukan negara ini.