Tutup

Lima kesilapan pemasaran digital yang paling buat orang menyampah

Lima kesilapan pemasaran digital yang paling buat orang menyampah
Bukan senang hendak memasarkan produk atau perkhidmatan kalau anda baharu mulakan bisnes, apa lagi nak 'reach out' kepada jutaan penduduk di Malaysia. - Gambar hiasan/Freepik
PERHATIAN buat para usahawan atau bakal usahawan sekalian:

Sekiranya anda hendak memasarkan perniagaan anda, pastikan anda menggunakan cara yang betul dan berkesan tanpa buat orang menyampah.

Adalah rugi sekiranya anda kehilangan bakal pelanggan hanya disebabkan oleh pemasaran yang salah.

Untuk itu elakkan daripada melakukan lima kesilapan pemasaran digital ini:
#1 Iklan yang tersalah 'target'


Anda hendak menjual produk bayi tetapi tersalah pasarkan kepada mereka yang belum berkeluarga dan mempunyai anak. Memang tidak akan dapat pelanggan kalau selalu buat iklan yang salah sasaran! Jangan pukul rata dan berfikir bahawa semua orang akan tertarik dengan produk atau perkhidmatan anda, tidak kiralah 'segempak' mana pun iklan anda itu.

#2 Iklan buruk yang menyakitkan mata




Pastikan iklan anda tidak buruk dan menyakitkan mata sampai ia mengalihkan perhatian orang daripada produk atau perkhidmatan anda. Jangan terlalu kedekut, laburkanlah sedikit wang untuk upah mereka yang profesional.




#3 Iklan yang mengarut atau merapu



Elakkan iklan yang terlalu panjang lebar sampai merapu-rapu serta memaparkan maklumat yang kurang tepat atau salah, terutamanya dari segi saintifik dan kesihatan. Bukan sahaja anda bakal kehilangan pelanggan, tetapi ia juga boleh mengundang tindakan undang-undang dari pihak berkuasa.

#4 Bajet bagus tetapi iklan 'poyo'





Iklan nampak 'cool gila', tetapi tidak ada isi pun, dan tidak ada kena-mengena langsung dengan produk atau perkhidmatan yang hendak dipasarkan.

#5 Iklan yang negatif dan merendah-rendahkan





Iklan yang tidak menjaga sensitiviti masyarakat sepatutnya diharamkan sama sekali, tetapi entah kenapa ia begitu berleluasa. Kalau anda sedar, selalunya ada banyak iklan negatif dan merendah-rendahkan.

Sebagai seorang usahawan, penting bagi anda dalam mendapatkan pulangan bagi pelaburan yang dibuat. Rajin-rajin buat research, dan pastikan anda memahami golongan sasaran anda dan ambil bekerja mereka yang bagus dan berpengalaman dalam bidangnya.

Kalau rasa keliru dan susah, anda boleh dapatkan pertolongan daripada mereka yang profesional dalam membina bisnes anda.

Hendak produk atau servis anda disampaikan kepada 44.8 juta pengguna media sosial merentasi 43 penerbitan digital?


Bukan senang hendak pasarkan produk atau perkhidmatan kalau anda baharu mulakan bisnes, apa lagi nak reach out kepada jutaan penduduk di Malaysia.

Anda boleh sampaikan produk atau perkhidmatan anda kepada 44.8 juta pengguna media sosial merentasi 43 penerbitan digital dengan Blaze Digital, sebuah agensi digital Astro dengan pelbagai jenama media paling popular di Malaysia!

Blaze Digital boleh membantu anda dalam memasarkan kepada golongan sasaran di platform yang bersesuaian melalui pemasaran kandungan, pemasaran media sosial, pengiklanan dalam kereta, dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, emelkan kepada Blaze Digital di capaian ini.


Tag: media sosial, Malaysia, Blaze Digital, pemasaran digital, kesilapan pemasaran digital, digital Astro, pemasaran, bisnes, perniagaan, strategi perniagaan, blazedigital



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.