Pusat barangan teknologi maklumat (IT) usahawan Bumiputera, Mara Digital Mall bakal dibuka di Pulau Pinang, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, pengarah Mara negeri sedang mencari lokasi sesuai untuk tujuan itu sama ada di tanah besar atau di pulau atau di kedua-duanya.
"Sepertimana kita ketahui Pulau Pinang mempunyai potensi besar dari segi pasaran kerana ia adalah sebuah bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tanjong di sini hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tanjong Datuk Ahmad Ibni Hajar.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata pemilihan lokasi bagi Mara Digital Mall turut mengambil kira dari segi suasana bagi menarik lebih ramai orang untuk membeli barangan di pusat berkenaan.
"Kita perlu mengutamakan suasana, jangan cari tempat yang begitu terpencil. Sekiranya di tempat beli-belah ia akan hidup kerana ramai golongan muda yang menghidupkan suasana di kompleks beli-belah, jadi lokasi adalah intipati penting dalam pembukaan Mara Digital Mall," katanya.
Katanya selain Pulau Pinang, kajian untuk penubuhan pusat itu turut dijalankan di Perak dan Kedah dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam bidang berkenaan.
Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bekerja kuat bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Beliau berkata parti komponen sebenarnya bergantung antara satu sama lain dan oleh itu perlu bekerja bersama-sama, berkongsi kuasa serta berkongsi kerja untuk mencapai kemenangan.
"Tujuan kita wujudkan komponen supaya kita dapat bersama-sama. Orang Melayu sumbang undi melalui UMNO, orang Cina (sumbang undi) melalui Gerakan dan MCA manakala Parti Progresif Penduduk (PPP) dan MIC menyumbang dari segi pengundi India.
"Jika semua parti mewakili kaum ini boleh menyumbang berdasarkan kaum masing-masing, Insya-Allah kita (BN) akan menang, semua kerusi pun kita akan menang," katanya.
Bernama
Sun Sep 11 2016
Pemilihan lokasi bagi Mara Digital Mall turut mengambil kira dari segi suasana bagi menarik lebih ramai orang untuk membeli barangan di pusat berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Mara Digital Mall bakal dibuka di Pulau Pinang - Ismail Sabri
Pengarah Mara negeri sedang mencari lokasi sesuai untuk tujuan itu sama ada di tanah besar atau di pulau atau di kedua-duanya.