DENGAN pelbagai pilihan peranti teknologi yang terbaru yang diperkenalkan di pasaran hampir setiap bulan, pengguna mempunyai masalah untuk memilih peranti yang sesuai dengan fungsi-fungsi yang berlainan. Selain itu, harga peranti yang terbaharu mempunyai tanda harga yang tinggi dan bukan semua pengguna mampu memilikinya walaupun fungsinya sesuai dengannya.

HUAWEI memahami masalah ini, dan ia telah melancarkan kempen HUAWEI Together 2020. Dengan kempen ni, HUAWEI telah memperkenalkan pelbagai pakej yang boleh dibayar secara ansuran tanpa faedah. Dengan pakej-pakej tersebut, anda boleh memilik peranti-peranti HUAWEI dengan RM8.97 sehari sahaja! Jikalau anda ingin memiliki set penuh peranti HUAWEI yang mengandungi HUAWEI Mate 30 Pro, MateBook 13, HUAWEI x Gentle Monster, Watch GT 2, FreeBuds 3, dan Q2 Pro, anda hanya perlu bayar dengan harga RM32.53 sehari sahaja.

Foto oleh HUAWEI

Sambungan Yang Lancar Di Mana Jua

Siri HUAWEI Mate 30 dikuasakan oleh Kirin 990 yang dihasilkan oleh HUAWEI. Dengan cip ni bersama dengan EMUI 10, anda boleh menggunakan pelbagai fungsi AI seperti AI Gesture Control di mana anda boleh menggunakan isyarat tangan untuk mengawal fon Mate 30 anda.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan fungsi AI Auto Rotate yang mengenal pasti pandangan anda dan menetapkan orientasi telefon yang betul walaupun pada permukaan yang rata kerana ia tidak menggunakan giroskop seperti di telefon lain.

Tambahan lagi, dengan AI Private View, apabila HUAWEI Mate 30 anda mengesan pandangan selain daripada penggunanya, ia akan menyembunyikan kandungan notifikasi anda supaya maklumat sulit anda tidak akan dibaca oleh orang lain.

Siri HUAWEI Mate 30 juga mempunyai kamera 40MP Cine untuk gambar yang jelas yang sesuai untuk tugasan fotografi anda. Dengan HUAWEI SuperCharge juga anda boleh mengecas telefon dengan cepat untuk penggunaan lebih lama bagi menyiapkan lebih banyak tugasan.

Foto oleh HUAWEI

Siri MateBook 13 Untuk Semua Tugasan Kerja Anda

Dengan fon HUAWEI yang mempunyai fungsi NFC (near-field communication) dan peranti yang mempunyai EMIU 9.1 sehingga EMUI 10, anda hanya perlu tekan logo ‘One Touch’ pada MateBook 13 untuk menyambung telefon anda dengan sekelip mata.

Kedua-dua peranti tersebut juga sesuai untuk permainan ataupun untuk tugasan kerja anda. Selain itu, siri HUAWEI MateBook 13 menggunakan kipas sirip jerung V2.0 yang mempunyai kelantangan udara yang besar untuk pelepasan haba dengan lebih efisien supaya anda boleh menggunakannya untuk jangka masa yang lebih panjang.


Foto oleh HUAWEI

Watch GT 2 Untuk Sambungan Kepada HUAWEI Mate 30

Kebanyakan pekerja muda dan ahli perniagaan sekarang bukan sahaja fokus terhadap pekerjaan sahaja, malah mereka juga memberikan tumpuan pada kesihatan badan dan minda.

Oleh sebab itu, mereka akan membuat senaman sebelum atau selepas pekerjaan. Tetapi kadang-kadang terdapat panggilan atau mesej daripada bos ataupun klien ketika senaman.

Dengan sambungan Watch GT 2 kepada fon anda, anda tidak akan terlepas panggilan ataupun mesej penting.

Selain itu, Watch GT 2 juga mempunyai pelbagai fungsi untuk memantau kesihatan dan keberkesanan senaman anda. Dengan fungsi mikrofon dan pembesar suara pada Watch GT 2, anda juga boleh memainkan muzik ketika senaman ataupun membuat panggilan melaluinya.

Foto oleh HUAWEI

FreeBuds 3 Untuk Pengalaman Muzik Yang Unik

FreeBuds 3 mempunyai pembatalan suara pintar yang unik supaya anda boleh menikmati lagu anda tanpa sebarang gangguan.

Selain itu, dengan rekaan berbentuk ikan lumba-lumba yang luar biasa yang mengikuti struktur lubang telinga manusia, anda boleh memakainya untuk panggilan atau untuk mendengar lagu sepanjang hari dengan selesa tanpa berasa sakit atau tidak selesa.

Foto oleh HUAWEI

Dengan menggunakan algoritme Bluetooth generasi baharu, ia dapat mengenal pasti gelombang bunyi luaran dan membatalkannya supaya anda dapat membuat panggilan ataupun menikmati lagu tanpa gangguan.


HUAWEI X GENTLE MONSTER Untuk Stail X Teknologi

HUAWEI telah bekerjasama dengan GENTLE MONSTER untuk memperkenalkan cermin mata hitam yang dilengkapkan dengan teknologi untuk penggunaan seharian. Walaupun dari luaran ia nampaknya cermin mata hitam yang biasa, tetapi ia mempunyai mikrofon dan pembesar suara di mana anda boleh menjawab panggilan dengan ‘tap’ pada tepi peranti tersebut sahaja.

Foto oleh HUAWEI

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menyambung kepada HUAWEI Mate 30 Pro untuk mendengar lagu kegemaran anda melalui sambungan Bluetooth.


HUAWEI Q2 Pro Untuk Sambungan Internet Yang Pantas Tanpa Gangguan

HUAWEI Q2 Pro menggunakan cip Lingxiao 5630 yang dihasilkan oleh HUAWEI sendiri. Dengan cip terbaru ni, ia membolehkan sambungan internet yang lebih cepat dan stabil untuk pengalaman pelayaran web yang lebih lancar.

Selain itu, Q2 Pro juga menggunakan IPv6 yang memastikan sambungan yang lebih selamat. Tambahan, ia hanya memerlukan 1 kable kuasa untuk melengkapkan sambungan antara ‘master router’ dengan ‘slave router’ tanpa kabel network.

Foto oleh HUAWEI

Untuk mendapatkan peranti-peranti kehidupan pintar HUAWEI di atas, anda hanya perlu membayar RM32.53 sehari sahaja selama 12 bulan.


Foto oleh HUAWEI


HUAWEI melancarkan pakej terbaru ini untuk kebaikan pengguna agar mereka mampu mendapatkan peranti HUAWEI yang memudahkan kerja dan kehidupan tanpa perlu berbelanja banyak.

Cepat layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my/ untuk pelbagai pakej yang menarik!