ANMOL Tukrel, seorang pelajar India yang berasal dari Kanada kini mencabar kuasa Google dengan mencipta enjin carian yang didakwanya lebih tepat daripada carian Google .
Pelajar berusia 16 tahun itu berkata enjin carian yang diciptanya itu adalah 47 peratus lebih tepat berbanding enjin carian Google.
Enjin carian Tukrel itu merupakan sebahagian daripada projek yang direka untuk dihantar ke Pameran Sains Google, yang merupakan persaingan global dalam talian.
Persaingan itu terbuka kepada semua pelajar berusia 13 hingga 18 tahun.
Menurut Tukrel, setelah beberapa bulan bertungkus-lumus berusaha, akhirnya dia berjaya menyiapkan projek tersebut.
Bukan itu sahaja, Tukrel juga mengambil kira-kira 60 jam untuk mengekodkan enjin carian tersebut.
"Pada mulanya, saya rancang untuk mencipta sesuatu dalam ruang carian kerana ia merupakan satu perkara yang mencabar.
"Tetapi apabila saya menyedari Google telah melakukannya, saya cuba untuk membawa ia ke tahap yang seterusnya,” kata Tukrel yang dipetik dari portal Tech 2.
Pelajar itu mendakwa enjin cariannya lebih baik dari Google kerana ia bukan sahaja mengambil kira akaun lokasi dan rekod layaran, tetapi ia juga cuba untuk memahami konteks dan makna.
Oleh itu, enjin carian yang dicipta oleh Tukrel akan memberi hasil carian yang lebih relevan dengan personaliti pengguna.
Difahamkan, Tukrel memperoleh idea itu ketika menjalani latihan amali di firma Adtech IceCream Labs di Bengaluru, India.
Projek pembangunan Turkel termasuk sebuah komputer dengan sekurang-kurangnya 1GB memori penyimpanan, persekitaran pembangunan python-language, program spreadsheet dan akses kepada Google dan New York Times.
Bagaimanapun, penilaian projek itu masih lagi dijalankan.
Kohilah Sekaran
Sun Aug 23 2015
Anmol Tukrel (gambar) mencabar Google melalui enjin carian ciptaannya yang didakwa lebih tepat daripada carian Google. -Foto Facebook
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Pelajar 16 tahun dakwa enjin carian ciptaannya lebih tepat daripada Google
Anmol Tukrel, seorang pelajar India yang berasal dari Kanada, mencabar kebolehan Google dengan mencipta enjin carian yang didakwa lebih tepat daripada carian Google.