FACEBOOK mengumumkan keputusan menyekat pengguna yang melanggar peraturan baharu ketika menggunakan fungsi siaran langsung Facebook Live.
Keputusan itu dibuat susulan serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada bulan lepas yang disiarkan secara langsung oleh pengganas menerusi platform Facebook.
Perubahan tersebut juga berlaku susulan White House membuat keputusan untuk menarik diri daripada sidang kemuncak antara pemimpin negara lain dan syarikat-syarikat teknologi di Paris pada Rabu.
Negara-negara terlibat serta syarikat ternama di Silicon Valley memberi sokongan kepada seruan Perdana Menteri New Zealand agar semua pihak mengambil tindakan lebih kukuh terhadap kandungan ekstremis di media sosial.
Antara seruan Perdana Menteri Jacinda Ardern adalah agar semua pihak menyokong inisiatifnya untuk memperkenalkan panduan baharu dalam penggunaan media sosial, dinamakan sebagai ‘Christchurch Call’.
Namun, Amerika Syarikat tidak menghantar delegasi ke persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
Kata White House, pihaknya tidak menyokong inisiatif Ardern dan sebaliknya lebih berpihak kepada mengambil tindakan yang lebih am dan kurang spesifik.
Menurut kenyataan oleh Facebook, mereka telah memperkenalkan peraturan secara ‘one-strike’ untuk menggunakan ciri Facebook Live, satu fungsi yang membenarkan pengguna menyiar video secara langsung.
Sesiapa yang melanggar peraturan ‘serius’ yang telah ditetapkan oleh syarikat media sosial tersebut akan disekat daripada menggunakan fungsi Facebook Live.
Ekoran itu, jenis kesalahan yang ditetapkan syarikat itu turut akan diperluaskan.
Bagaimanapun, pihak Facebook tidak menjelaskan secara terperinci apa jenis kesalahan yang boleh menyebabkan seseorang pengguna platform itu disekat atau berapa lama sekatan tersebut akan diletakkan.
Seorang wakil syarikat itu hanya menjelaskan bahawa pengganas Christchurch, Brenton Tarrant, tidak akan dibenarkan mengguna Facebook Live berdasarkan peraturan baharu.
Ardern menerima dengan baik keputusan Facebook itu, menggambarkannya sebagai “langkah pertama yang baik untuk menghalang pengganas daripada mengguna aplikasi tersebut, serta menunjukkan panduan Christchurch Call diguna pakai.”
Sejak kebelakangan ini, syarikat media sosial tersebut semakin banyak dilemparkan dengan kritikan kerana seringkali digunakan sebagai platform untuk menyebarkan ideologi ekstremisme, serta menghadapi pelbagai isu privasi.
Agensi
Thu May 16 2019
Keputusan itu dibuat berikutan serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada bulan lepas yang disiarkan secara langsung oleh pengganas terbabit menerusi platform Facebook. Foto - REUTERS.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.
Pengganas Christchurch, New Zealand kemuka rayuan sabitan, hukuman
Pengganas yang menyerang jemaah di dua masjid Christchurch, New Zealand pada 2019 telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara seumur hidup.
Pasangan pengantin parah dalam nahas helikopter
Sebahagian daripada tetamu perkahwinan adalah individu yang terperangkap dalam serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac 2019.
Filem berkaitan tragedi Christchurch dibantah komuniti Islam
Umat Islam di New Zealand membantah rancangan untuk menerbitkan filem berkaitan tragedi tembakan masjid di Christchurch pada tahun 2019.
Dua tahun serangan tembakan di masjid Christchruch, mangsa terus diingati
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut menyertai ratusan penduduk yang berkumpul di Christchurch Arena
18 nelayan diterbangkan dari Moscow ke N. Zealand, disahkan positif COVID-19
Menurut pihak berkuasa, seramai 235 nelayan dari Rusia dan Ukraine berada dalam peasawat yang disewa tiga syarikat perikanan.
Keluarga mangsa Christchurch sambut baik keputusan mahkamah
Mereka yang memegang sepanduk berbentuk hati dan kata-kata semangat seperti 'kami sentiasa bersama anda' bersorak sambil melambaikan tangan di perkarangan mahkamah sebaik keputusan diumumkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 27 Ogos 2020.
Penembak serangan Christchurch dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Brenton Tarrant bakal menjalankan hukuman penjara seumur hidup, iaitu yang pertama kali dijatuhi di New Zealand.
Serangan Christchurch: Suspek bercadang bakar masjid selepas serangan
Tarrant, mengaku bersalah atas 51 tuduhan membunuh, 40 tuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan melakukan keganasan.