awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan
Lembaga Keamanan Gaza di bawah AS tawar keahlian tetap dengan bayaran AS$1 bilion
Angka korban nahas tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol meningkat kepada 21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Samsung Galaxy 7 Edge dinobatkan Telefon Pintar Terbaik 2016

Syafique Shuib
Syafique Shuib
30/09/2016
03:10 MYT
Samsung Galaxy 7 Edge dinobatkan Telefon Pintar Terbaik 2016
Samsung turut membawa pulang anugerah Jenama Terbaik, dan Teknologi Boleh Pakai (Wearable Technology) untuk jam pintar Gear S2.
WALAUPUN imej syarikat sedikit tercalar susulan isu peranti meletup, namun syarikat telekomunikasi Samsung tetap unggul dalam sebuah anugerah teknologi dimana Galaxy S7 Edge keluarannya dinobatkan sebagai Telefon Pintar Terbaik untuk tahun ini.
Majlis anjuran majalah teknologi terkemuka T3 diadakan di London dan melihat Samsung membawa pulang beberapa trofi lain.
Ia termasuk anugerah Jenama Terbaik, dan Teknologi Boleh Pakai (Wearable Technology) untuk jam pintar Gear S2.
Apple tidak pulang dengan tangan kosong apabila iPhone dinamakan Gajet Terbaik Sepanjang Dekad sekaligus mengalahkan iPad, PlayStation 3 dan Netflix.
Pemenang lain termasuk penyanyi dan penerbit muzik Will.i.am (Personaliti Teknologi Terbaik) dan pengasas Wikipedia Jimmy Wales (Legenda Teknologi).
Majalah T3 mula diterbitkan pada 1996 dan Anugerah T3 mula dianjurkan pada 2006 dan menerima gelaran sebagai “anugerah Oscar untuk industri teknologi”.
Sebelum ini Samsung memanggil balik 2.5 juta unit model Galaxy Note 7 susulan masalah bateri yang terbakar sewaktu mengecas.
Setakat 15 September lalu, Samsung menerima 92 laporan berhubung masalah bateri di Amerika Syarikat.
Sejumlah 26 laporan adalah berhubung kes kebakaran dan 55 laporan lagi berhubung kes kerosakan harta.
Topic Berkaitan
#Apple
#Galaxy Note 7
#Galaxy S7 Edge
#Samsung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan