awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai penuhi jalan Saint-Tropez untuk pengebumian Brigitte Bardot
EPL: Chelsea tewas lagi
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siber: Malaysia di kedudukan ke-25 dalam penyebaran perisian hasad

Bernama
Bernama
02/09/2016
01:07 MYT
Siber: Malaysia di kedudukan ke-25 dalam penyebaran perisian hasad
Sektor kewangan mungkin menjadi sasaran utama serangan siber yang dilakukan kumpulan penjenayah asing. - Gambar hiasan
Malaysia berada pada kedudukan ke-25 dunia dalam penyebaran perisian hasad, iaitu perisian bertujuan merosakkan atau melumpuhkan komputer dan sistem komputer pengguna web, menurut laporan terkini Kaspersky Lab.
Pengarah keselamatan perisian antarabangsa kumpulan APAC Global Research and Analysis Team, Vitaly Kamluk berkata daripada 283,799 laman web diserang perisian berniat jahat yang dikesan di seluruh dunia antara Jun dan Ogos tahun ini, 0.21 peratus adalah dari Malaysia.
"Amerika Syarikat kekal mencatat jumlah tertinggi laman web diserang perisian berniat jahat dengan 32.02 peratus, diikuti Rusia (11.09), Jerman (10.18), United Kingdom (6.60) dan Belanda 6.44 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk terbaru kumpulan itu, 'The Kaspersky Anti Targeted Attack Platform and Kaspersky Intelligence Security Services' di sini pada Khamis.
Beliau berkata hasil penyelidikan mendapati serangan siber itu disebabkan oleh komputer hos yang seterusnya akan melumpuhkan sistem komputer.
Beliau juga menggesa syarikat-syarikat dan organisasi tempatan agar lebih berhati-hati kerana dijangkakan terdapat peningkatan terhadap insiden serangan siber terutama di rantau ini, ekoran individu-individu terbabit lebih matang dalam melakukan serangan siber seumpama itu.
"Kami menjangkakan sektor kewangan mungkin menjadi sasaran utama serangan siber yang dilakukan kumpulan penjenayah asing, dan pengembangan insiden sabotaj siber oleh entiti yang berniat jahat," katanya.
Topic Berkaitan
#ciri keselamatan
#komputer
#malware
#penggodaman
#perisian hasad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan