awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat Google ambil langkah cegah pengiklan sebar maklumat palsu

Agensi
Agensi
17/07/2020
21:58 MYT
Syarikat Google ambil langkah cegah pengiklan sebar maklumat palsu
Langkah itu berlaku ketika krisis kesihatan terus berleluasa di seluruh Amerika Syarikat, dan syarikat gergasi pengiklanan digital seperti Google dan Facebook telah berdepan seruan untuk melakukan lebih banyak tindakan dalam mengatasi maklumat palsu.
SYARIKAT induk Google, ALPHABET Inc pada Jumaat memaklumkan akan menyekat laman web dan aplikasi yang menggunakan teknologi pengiklanan bagi memasarkan iklan yang mempunyai "kandungan berbahaya" yang bertentangan dengan fakta atau saintifik semasa pandemik COVID-19.
Langkah itu berlaku ketika krisis kesihatan terus berleluasa di seluruh Amerika Syarikat, dan syarikat gergasi pengiklanan digital seperti Google dan Facebook berdepan seruan untuk melakukan lebih banyak usaha mengatasi maklumat palsu atau tidak sahih.
Contoh kandungan yang tidak akan dibenarkan untuk menjana wang menerusi iklan yang dipasarkan adalah termasuk teori konspirasi yang tidak bermanfaat, seperti tanggapan wabak COVID-19 berpunca dari sebuah makmal di China yang bertujuan sebagai bio-keselamatan, dan ia dicipta oleh pengasas Microsoft, Bill Gates atau mendakwa virus itu sebagai satu penipuan, jelas Google.
Dasar tersebut, yang merupakan pembaharuan kepada standard periklanan Google yang sedia ada yang dilihat membawa unsur kebencian, juga akan melarang pengiklan sendiri yang membuat iklan yang mempromosikan maklumat salah tentang kesihatan.
Google pada masa ini hanya membenarkan pengiklan tertentu untuk memaparkan iklan mengenai wabak COVID-19, termasuk organisasi kerajaan dan penyedia penjagaan kesihatan bagi mencegah aktiviti seperti kenaikan harga barangan perubatan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Bill Gates
#China
#Facebook
#Google
#kerajaan
#koronavirus
#Microsoft
#pandemik
#pengiklanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan