awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sarawak sasar vaksin 45,567 anjing menerusi program di seluruh negeri
Kod Tatalaku Laut China Selatan bukan instrumen selesai pertindihan kawasan - Mohamad
Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA, Mara BPT dibuka bermula 29 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WhatsApp bakal lancar panggilan video berkumpulan

Agensi
Agensi
03/05/2018
10:35 MYT
WhatsApp bakal lancar panggilan video berkumpulan
Mubarik bagaimanapun tidak menunjukkan bagaimana ciri panggilan video secara berkumpulan itu akan berfungsi, tetapi berdasarkan penyampaiannya, ciri terbaharu itu akan mengumpulkan empat orang dalam satu panggilan. Foto: Twitter
PASTI ramai yang menggunakan aplikasi khidmat pesanan ringkas WhatsApp untuk berhubung dengan kenalan rapat.
Untuk memudahkan perhubungan di antara kenalan rapat, WhatsApp kini memperkenalkan ciri baharu iaitu panggilan video secara berkumpulan.
Pengarah WhatsApp, Mubarik Imam mengumumkan ciri itu dan beberapa ciri baharu semasa persidangan konvensyen F8 yang diadakan di Pusat Konvensyen San Jose McEnery di California.
Mubarik bagaimanapun tidak menunjukkan bagaimana ciri panggilan video secara berkumpulan itu akan berfungsi, tetapi berdasarkan penyampaiannya, ciri terbaharu itu akan mengumpulkan empat orang dalam satu panggilan.
Dia turut mendedahkan jumlah pengguna WhatsApp seramai 450 juta pengguna setiap hari dan lebih 2 juta panggilan video dan audio dilakukan menerusi aplikasi tersebut.
Sementara itu, antara ciri baharu yang turut diperkenalkan adalah pelekat atau sticker seperti yang telah digunakan secara meluas di media sosial Facebook, Line dan WeChat.
Ciri sticker itu akan membenarkan pihak ketiga untuk menghasilkan sticker sendiri.
Terdahulu, di pentas konvensyen yang sama, FB mengumumkan akan melancarkan servis untuk penggunanya menjalinkan hubungan kekasih atau 'dating'.
Ia direka dengan memanfaatkan status berjuta pengguna FB yang belum berpunya selain bertujuan meningkatkan jumlah masa penggunaan platform media sosial paling popular di dunia itu dalam kalangan netizen.
BACA: Facebook bakal lancar servis 'dating', sasar 'jodohkan' 200 juta pengguna
Topic Berkaitan
#aplikasi
#canggih
#dating
#Facebook
#panggilan video berkumpulan
#teknologi
#video
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan