awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yahoo! tutup rangkaian majalah digital

Syafique Shuib
Syafique Shuib
19/02/2016
03:35 MYT
Yahoo! tutup rangkaian majalah digital
Majalah digital Yahoo! bermula pada 2014 dengan harapan yang tinggi, termasuk pengambilan nama-nama besar industri fesyen sebagai pengarang.
Selepas membuat keputusan untuk membuang 1,700 tenaga kerja di seluruh dunia, Yahoo! Inc. kini mengumumkan penamatan rangkaian majalah digital yang menelan belanja jutaan dolar.
Lapor akhbar The New York Times, majalah berkenaan merangkumi topik-topik seperti makanan, automobil, perumahan, pelancongan dan teknologi.
Beberapa topik tersebut akan menjadi sebahagian daripada platform utama portal Yahoo! yang dikenali sebagai Yahoo! News.
"Walaupun majalah digital ini tidak lagi akan diterbitkan, anda akan terus mendapatkan topik mengenai stail, selebriti, hiburan, politik, teknologi dan banyak lagi di seluruh rangkaian kami," kata ketua pengarang global Yahoo! Martha Nelson dalam laman Tumblr beliau.
Majalah digital Yahoo! bermula pada 2014 dengan harapan ianya akan menjadi salah satu lubuk emas portal tersebut.
Ia merupakan salah satu projek utama Ketua Pegawai Eksekutif Yahoo! Inc. Marissa Mayer ketika mengambil alih kepimpinan syarikat itu.
Malah, Mayer berbelanja jutaan dolar untuk mengambil pengasas kosmetik Bobbi Brown dan bekas pengarah kreatif majalah Elle, Joe Zee sebagai pengarang.
Namun, projek gah berkenaan mengalami masalah dari segi editorial dan juga pengiklanan.
Dengan ini, beberapa penulis dan pengarang akan diberhentikan kerja.
Mereka merupakan antara 15 peratus tenaga kerja yang akan diberhentikan sebagai usaha untuk menyelamatkan kedudukan Mayer sebagai CEO.
Sebelum ini, terdapat laporan bahawa para pelabur hilang keyakinan dengan kepimpinan Mayer.
Topic Berkaitan
#Bobbi Brown
#Joe Zee
#MARISSA MAYER
#Yahoo!
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan