awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taekwondo: Korea Selatan hasrat kerjasama dengan Korea Utara bagi penyenaraian UNESCO
Sekolah ditutup susulan gelombang sejuk landa China
SPRM tumpu dakwaan pengubahan wang haram RM2.5 bilion babitkan IJM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes denggi dilaporkan meningkat 10 peratus

Bernama
Bernama
27/12/2012
07:33 MYT
Kes denggi dilaporkan meningkat 10 peratus
Sejumlah 21,444 kes denggi dengan 35 kematian dilaporkan bagi tahun ini sehingga Sabtu lalu, peningkatan 10 peratus berbanding 19,534 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata bagaimanapun jumlah kes yang dilaporkan bagi tempoh 16 hingga 22 Dis adalah 521 kes, penurunan daripada 536 kes yang dicatat pada minggu sebelumnya.
"Selangor menunjukkan peningkatan purata 15 kes setiap minggu sejak enam minggu kebelakangan ini dengan 12 kematian dilaporkan," katanya, Khamis.
Dr Lokman Hakim berkata sehingga kini, Selangor masih lagi mencatat jumlah kes denggi tertinggi iaitu 8,909 kes dengan 12 kematian, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 1,787 kes dengan lima kematian dan Perak dengan 1,687 kes dengan lima kematian.
Beliau berkata sejumlah 90 lokaliti wabak denggi dilaporkan melibatkan 22 daerah di 11 buah negeri, di mana Selangor melaporkan jumlah lokaliti terbanyak iaitu 49 lokaliti, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing dengan 15 lokaliti dan Johor dengan tujuh lokaliti.
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman
#denggi
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan