awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar NYC Muslim pertama
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembersihan tanah runtuh kecil Bukit Nanas

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2013
03:27 MYT
Pembersihan tanah runtuh kecil Bukit Nanas
Kejadian tanah runtuh yang berlaku semalam di Hutan Lipur Bukit Nanas, dipercayai berlaku akibat hujan lebat yang berpanjangan. Semasa pemantauan oleh Astro Awani, pekerja-pekerja Alam Flora kelihatan sedang membersihkan hakisan tanah di kawasan berkenaan. Pagar pada hakisan tanah tersebut juga kelihatan tidak stabil. Jalan tersebut telah dibuka balik untuk perjalanan selepas kerja kebersihan telah selesai. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan kejadian tanah runtuh ini berskala kecil berbanding kejadian yang berlaku di Putra Heights dan Bukit Setiawangsa baru-baru ini. Walaubagaimanapun, jika hujan berterusan tanah berkenaan mempunyai potensi untuk terus runtuh jika tindakan segera tidak diambil. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, kejadian tersebut masih dalam penyiasatan. Dia berkata Hutan Lipur Bukit Nanas berada di bawah penguasaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Pihak DBKL hanya membantu dalam penyiasatan jabatan tersebut. Menurut pembantu penguatkuasa DBKL Zawawe Desan semalam, kejadian ini boleh dikatakan berskala kecil kerana ianya tidak melibatkan kerosakkan harta mahupun kecederaan fizikal. Seramai 15 penguatkuasa terdiri daripada pihak DBKL dan polis ditugaskan bagi mengawal lalu lintas dan kerja pembersihan semalam. Sekiranya berlaku kejadian tanah runtuh di sekitar kawasan Kuala Lumpur, masyarakat boleh terus menghubungi bilik gerakan DBKL beroperasi selama 24 jam di talian 03-40220055.
Topic Berkaitan
#bukit nanan
#DBKL
#hutan lipur
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan