Kenderaan kelihatan terbakar susulan letupan kuat di Binhai di bandar pelabuhan Tianjin, China pada 13 Ogos 2015. -REUTERS
Asap dan api kelihatan selepas letupan di Binhai New Area di perbandaran Tianjin, China pada 13 Ogos 2015. Letupan kuat menggegarkan kawasan itu sekitar 11:30 malam pada Rabu. Punca dan jumlah mangsa dapat dipastikan. -Xinhua/Yue Yuewei
Asap dan api meletus dalam kegelapan malam selepas letupan di Binhai New Area di Tianjin, China pada Khamis 13 Ogos 2015. Media China melaporkan letupan kuat di bandar pelabuhan ini lewat Rabu yang mengakibatkan banyak kecederaan. -Foto Yue Yuewei/Xinhua via AP
Penduduk berkumpul berhampiran tapak letupan di sebuah pelabuhan di timur laut Tianjin di China, Khamis 13 Ogos 2015. Media China melaporkan letupan kuat di pelabuhan Tianjin lewat Rabu. -Foto AP/Ng Han Guan
Kontena dan kenderaan musnah selepas letupan kuat menggegarkan bandar pelabuhan Tianjin di China pada 13 Ogos 2015. Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh, 300 hingga 400 orang cedera, manakala dua ahli bomba hilang, lapor media tempatan. -EPA/WU HONG
Ahli bomba berehat selepas kerja menyelamat susulan letupan kuat yang menggegarkan bandar pelabuhan Tianjin, di China pada 13 Ogos 2015. Sekurang-kurangnya tujuh maut, di antara 300 hingga 400 cedera manakala dua ahli bomba hilang, lapor media. -EPA/WU HONG
Ahli bomba berdiri di sebelah mangsa korban susulan letupan kuat di bandar pelabuhan Tianjin, China pada 13 Ogos 2015. Sekurang-kurangnya tujuh maut, di antara 300 hingga 400 cedera, manakala dua ahli bomba hilang, lapor media. -EPA/WU HONG
Mangsa yang cedera menanti giliran dirawat di hospital selepas letupan kuat menggegarkan bandar pelabuhan Tianjin, China, pada 13 Ogos 2015. Media melaporkan letupan kuat dipercayai daripada kapal membawa bahan letupan. Sekurang-kurangnya 17 maut dan beratus lagi cedera dalam kejadian ini. -EPA/WU HONG
Mangsa yang cedera menunggu rawatan di sebuah hospital susulan letupan kuat yang menggegarkan bandar pelabuhan Tianjin, China, pada 13 Ogos 2015. Menurut laporan media, letupan berpunca daripada kapal yang membawa bahan letupan. Sekurang-kurangnya 17 maut dan beratus lagi cedera. -EPA/WU HONG
Seorang lelaki dengan kecederaan di kepala sedang menjamah ban di sebuah hospital susulan letupan kuat di bandar pelabuhan Tianjin pada Khamis 13 Ogos, 2015. -AP/Ng Han Guan