awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis Taiwan cuba ke Pulau Senkaku/Diaoyu

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
24/01/2013
09:24 MYT
Aktivis Taiwan cuba ke Pulau Senkaku/Diaoyu
Empat aktivis Taiwan bertindak nekad untuk memasuki kawasan perairan kepulauan Diaoyu yang menjadi pertikaian antara Jepun dan China.
Walaubagaimanapun, hasrat mereka untuk menceroboh kawasan berkenaan digagalkan oleh pengawal pantai Jepun.
Kesemua empat aktivis berkenaan berlayar dari pelabuhan Shen-ao, Keelong dengan membawa bendera Taiwan.
Turut sama dibawa belayar ialah sebuah patung dewa sebagai lambang semangat yang mengikut kepercayaan mereka dapat membantu untuk mempertahankan pulau itu.
Misi ini sebagai usaha mempertahankan pulau berkenaan daripada jatuh ke tangan baik China mahupun Jepun.
Berbaki 16 batu nautika dari pulau yang dipertikai, usaha mereka gagal selepas bertembung dengan pasukan pengawal pantai Jepun.
Misi dijalankan empat bulan selepas ketegangan memuncak antara Tokyo dan Beijing susulan tindakan Tokyo membeli pulau berkenaan daripada individu yang memilikinya.
Pertikaian kedaulatan pulau yang dipanggil oleh Jepun dengan nama Senkaku itu adalah legasi pasca Perang Dunia Kedua.
Amerika Syarikat menyerahkan pulau itu kepada Jepun pada 1972 biarpun China menuntut kedaulatannya sejak beratus tahun dahulu.
Topic Berkaitan
#China
#Diaoyu
#Jepun
#Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan