awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

M'sia bida jadi tuan rumah debat universiti sedunia

Bernama
Bernama
25/12/2012
01:58 MYT
M'sia bida jadi tuan rumah debat universiti sedunia
Malaysia membida untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Debat Universiti Sedunia 2015, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata Malaysia bersaing dengan Auckland, New Zealand, untuk menjadi tuan rumah kepada satu daripada acara tahunan antarabangsa yang terbesar dan beliau yakin Malaysia, melalui Universiti Teknologi Mara (UiTM), boleh menjadi tuan rumah kepada acara berprestij itu.
"Kami sangat optimis (memenangi tawaran) dengan sokongan jelas dari kerajaan. Pada tahun 2005, Universiti Multimedia (MMU) melakukannya sendiri. kali ini giliran UiTM, disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelancongan," katanya pada sidang media di sini Isnin.
Keputusan bidaan akan diketahui selepas Malaysia dan Auckland membentangkan kertas kerja masing-masing kepada Majlis Debat Universiti Dunia, bulan depan.
Saifuddin berkata, Malaysia telah terlibat dalam kejohanan debat dunia itu sejak awal 1990-an dan MMU menganjurkan Kejohanan Debat Universiti Dunia pada tahun 2005.
Topic Berkaitan
#Auckland
#Datuk Saifuddin Abdullah
#Kejohanan Debat Universiti Sedunia
#New Zealand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan