awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AFCON 2025: Aksi cemerlang Amad Diallo pastikan Ivory Coast ke suku akhir
UK, Perancis sedia hantar tentera ke Ukraine jika rundingan damai tercapai
Ole Gunnar Solskjaer semakin hampir kembali ke Manchester United
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga syarikat multinasional antarabangsa tunjuk minat melabur di Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2013
04:20 MYT
Tiga syarikat multinasional antarabangsa tunjuk minat melabur di Malaysia
Beberapa syarikat multinasional antarabangsa telah bersetuju secara dasarnya untuk membuat pelaburan di Malaysia yang melibatkan jumlah sebanyak RM5.5 bilion.
Pelaburan untuk beberapa tahun itu, kebanyakannya melibatkan industri gas dan minyak.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan pertemuan dengan pengurusan syarikat terbabit di Forum Ekonomi Dunia (WEF)di Davos, Switzerland.
Najib berkata, firma Itochu Steel Industry menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Petronas dalam industri petrokimia di Rapid Pengerang di Johor.
Projek ini bakal memberikan impak kepada pembangunan Rapid Pengerang.
Syarikat itu, katanya berminat untuk membina kilang yang mengeluarkan paip untuk industri minyak dan gas negara.
Manakala, firma, Evonik Industrie AG dari Jerman juga mahu membentuk kerjasama dengan Petronas dalam industri petrokimia.
Mereka akan menjalankan kajian dalam tempoh setahun ini sebelum memulakan kerja-kerja bermula tahun hadapan.
Najib turut memaklumkan, sebuah lagi firma Hanwa Group dari Korea Selatan, telah menyatakan minat untuk melibatkan diri dalam pelaburan di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#multinasional
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan