awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat pendaki ditemukan maut di Greece
Pesta Pulau Pinang jadi tumpuan, tawar pelbagai tarikan
Google benarkan tukar nama akaun Gmail, terhad 3 kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Domino's mahu kuasai cawangan piza Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2012
06:40 MYT
Domino's mahu kuasai cawangan piza Malaysia
Domino's Pizza Malaysia bercita-cita menguasai cawangan piza di seluruh Malaysia menjelang 2015.
Dengan 100 cawangan di negara, Domino's akan memberi perhatian kepada tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat itu melihat Malaysia sebagai pasaran ke lima terbaik berbanding 70 buah negara yang ditembusinya.
Menurut presiden dan Ketua Pegawai Operasinya Ba U Shan Ting, Domino's kini mahu menubuhkan cawangan di negeri yang belum mempunyai kehadirannya.
"Kami ingin mempunyai kehadiran di seluruh Malaysia termasuk di pantai timur," kata Ba.
Selain Semenanjung Malaysia, Domino's juga rancang membuka cawangan di Sabah dan Sarawak pada 2015.
"Kami fokus kepada perkara asas dan memastikan perniagaan kami sentiasa maju dan juga memastikan teknologi kami akan memajukan perniagaan kami. Pada saya, Domino's tiada beza dengan Amazon," katanya lagi.
Naib presiden ekekutifnya Richard Allison berkata Malaysia mempunyai potensi yang cukup besar berbanding negara Asia Pasifik yang lain.
"Malaysia merupakan pasaran terbaik yang semakin berkembang dan rantau Asia Pasifik juga semakin berkembang pesat termasuk India," kata Allison.
Asia Pasifik kini kekal menjadi rantau paling memberangsangkan bagi perkhidmatan Donmino's.
Allison berkata kehadiran lebih ramai pesaing dalam industri minuman dan makanan tidak memberi tamparan hebat kepada Domino's
Ini kerana jelasnya Domino's mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri.
"Kelebihan kami selama 50 tahun adalah menghantar piza dan untuk membolosi sesuatu pasaran kita mesti membawa produk yang baik dan memberi perhatian kepada kualiti produk tersebut," ujarnya lagi.
Beliau berkata untuk terus relevan di dalam indusri makanan dan minuman, Domino's akan terus melabur dalam peningkatan perkhidmatan termasuk menggunakan teknologi bagi tempahan piza.
Allison turut menambah pasaran Eropah yang berdepan krisis hutang tidak menjejaskan operasi syarikat disana.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Ba U Shan Ting
#Domino's Pizza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan