awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton perolehi teknologi enjin dari Petronas

Syafique Shuib
Syafique Shuib
11/12/2012
23:00 MYT
Proton perolehi teknologi enjin dari Petronas
Proton pada Selasa menandatangani perjanjian bernilai RM63 juta dengan Petronas bagi mengambil alih tujuh teknologi serta pengetahuan enjin yang telah dibangunkan syarikat minyak kebangsaan itu sejak 1997.
Teknologi enjin ini akan digunakan untuk model sedia ada Proton dan model baharu yang bakal menyusul.
Majlis pemeteraian perjanjian pengambil alihan itu di dihadiri Pengerusi Eksekutif Proton Datuk Seri Khamil Jamil.
“Enjin kami mempunyai dua varian iaitu 'naturally-aspirated' dan 'turbocharged' jenis 2.0L dan 2.2L. Kami mempunyai Turbo dan juga bukan Turbo. Sesuatu isu yang menarik adalah Petronas juga mempunyai keupayaan untuk membangunkan enjin diesel. Pembelian ini adalah untuk teknologi enjin berkenaan dan juga teknologi untuk membangunkan enjin diesel kerana ia masih berkurangan,” kata Khamil.
Tambah Khamil pengeluaran besar-besaran enjin baharu itu akan bermula suku ketiga tahun depan, dengan keutamaan kepada kereta Proton.
Proton Exora dan Preve merupakan dua model yang telahpun menggunakan teknologi enjin ini.
“Jikalau kita berjaya untuk membangunkan teknologi enjin ini, kita akan memasang enjin itu kedalam semua kereta jenis Proton. Pada masa yang sama sebagai pengeluar enjin, kami juga akan menjual enjin kepada OEM yang berminat untuk membeli dari pihak kami,” tambah Khamil.
Kereta "sport" di bawah jenama Proton, Lotus, juga sedang dipertimbangkan untuk dipasang enjin baharu itu.
Majlis bertukar-tukar dokumen har ini turut disaksikan penasihat Petronas dan Proton Tun Dr Mahathir Mohamad.
Topic Berkaitan
#Lotus Exora
#Petronas
#Preve
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan