awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thailand lancar serangan udara di sempadan Kemboja
[TERKINI] Terengganu kembali banjir, 369 mangsa di tiga daerah terjejas dipindahkan
Myanmar hapus perintah berkurung di Yangon menjelang pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan khas untuk bantu cari William Yau

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2013
00:11 MYT
Pasukan khas untuk bantu cari William Yau
Polis akan meneruskan operasi mencari William Yau Zhen Zhong yang dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya sejak minggu lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Assistan Komisioner Yahaya Ramli pihaknya juga menubuhkan pasukan khas bagi membantu keluarga mangsa bagi meneruskan usaha itu.
Beliau turut meminta orang ramai terutamanya yang berada di kawasan semasa kejadian berlaku untuk tampil membantu jika mempunyai sebarang maklumat.
"Apabila kita kaji, memang nampak ramai orang lalu lalang disitu dan saya percaya kemungkinan ada di antara masyarakat yang ternampak mangsa ini dan kita mohon untuk salurkan maklumat itu kepada kami," kata beliau.
Pihak polis usah menonton beberapa rakaman kamera litar tertutup di kawasan itu namun masih gagal mendapat sebarang maklumat.
Dalam kejadian pada Rabu, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta menghubungi polis di talian 03-56319800, 012-2197133 atau menelefon bapa mangsa Yau Kok Kang, 016-9691616.
Topic Berkaitan
#Putra Heights
#William Yau Zhen Zhong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan