awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenanga Research kekalkan saranan 'beli lebih' pada sektor perbankan

Bernama
Bernama
20/11/2012
05:32 MYT
Kenanga Research kekalkan saranan 'beli lebih' pada sektor perbankan
Kenanga Research mengekalkan saranan "beli lebih" pada sektor perbankan, kerana percaya kumpulan perbankan tempatan akan menunjukkan prestasi yang baik di dalam sistem perbankan yang kondusif sekarang ini dengan kunci kira-kira yang kukuh dan kenaikan pendapatan.
"Kita melihat banyak bukti bahawa Garis Panduan Pemberian Pinjaman Yang Bertanggung Jawab oleh Bank Negara Malaysia kini membawa sedikit perubahan terhadap arena industri perbankan," kata syarikat itu di dalam satu nota.
Ia menjangka keadaan dagangan yang rendah sekarang ini akan berterusan dalam tempoh jangka pendek dan jika pasaran pulih, Maybank dan CIMB akan menyaksikan pemulihan yang terbesar di dalam pendapatan bukan faedah masing-masing di dalam industri itu.
Kenanga Research berkata Maybank dijangka mencatatkan "prestasi mantap" dengan harga sasaran RM10.40, PBBANK (harga sasaran RM15.60), RHBCAP (harga sasaran RM8.30), CIMB (harga sasaran RM8.20), AMMB (harga sasaran RM7.40), AFFIN (harga sasaran RM4.40) dan BIMB (harga sasaran RM3.60).
Alliance Finance Group (AFG) (harga sasaran RM4.00) dan HLBANK (harga sasaran RM15.20) diberi penarafan "neutral."
Topic Berkaitan
#Kenanga Research
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan