awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy bertemu PM Kanada, terima bantuan tambahan AS$1.83 bilion
MCMC teruskan libat urus dengan platform media sosial, tegaskan pematuhan undang-undang - Fahmi
Gabenor wanita pertama Bank Pusat Pakistan meninggal dunia pada usia 71 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Baganga sambut Hari Natal dalam kegelapan

Bernama
Bernama
26/12/2012
01:13 MYT
Penduduk Baganga sambut Hari Natal dalam kegelapan
Penduduk beragama Kristian di daerah Baganga di sini menyambut Hari Natal dalam suasana gelap berikutan terjejasnya bekalan elektrik akibat taufan Bopha yang melanda kawasan itu 3 Dis lalu.
Berikutan itu, kunjungan ke gereja yang merupakan amalan rutin semasa perayaan, hampir sukar dilakukan.
Taufan itu dianggap paling kuat melanda selatan Filipina bagi tahun ini.
Dante P.Diansay, 50, yang merupakan bekas Editor Pengurus akhbar Philippines Daily Friscalizaz berkata rutin perayaan pada tahun ini tidak dapat dijalankan seperti tahun-tahun sebelum ini.
Keadaan bertambah buruk baginya apabila rumah pesaka keluarganya yang didirikan pada 1951 musnah keseluruhannya.
Diansay berkata dengan bantuan yang diterima pada hari ini dari Malaysia ternyata memberi erti buat dirinya.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia atas bantuan yang disalurkan serta perhatian oleh Kelab Putera 1Malaysia.
Diansay berkata, ketika taufan melanda, dia berada di rumah pesakanya itu di Baganga manakala isterinya berada di Davao Oriental.
Katanya rumahnya roboh seluruhnya sejurus selepas dia keluar untuk menyelamatkan dirinya.
Seorang mangsa wanita Lodhel Lisa, 26, berkata disebabkan taufan, keseluruhan kawasan mereka tidak mempunyai bekalan elektrik dan terpaksa menyambut perayaan dalam kegelapan.
Berkongsi perasaan yang sama, Chonamenda Nielt, 34, berkata dia hanya mampu bersyukur apabila masih mempunyai keluarga meskipun perayaan Krismas tidak dapat disambut dengan meriah.
Topic Berkaitan
#bekalan eletrik terputus
#Daily Friscalizaz
#Hari Natal
#Kelab Putera 1Malaysia
#Taufan Bopha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan