awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 40,000 individu jadi mangsa tembakan di AS pada 2025 - GVA
Kerajaan teliti isu 36 jemaah terkandas di Arab Saudi - Zulkifli
Silinder gas helium meletup, dua gerai tiga kereta rosak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan Anwar diketahui 18 Jan

Bernama
Bernama
11/01/2013
14:50 MYT
Permohonan Anwar diketahui 18 Jan
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 18 Jan ini untuk keputusan berhubung permohonan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Hakim Kamardin Hashim menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed dan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar.
Abdul Wahab dalam hujahannya berkata mahkamah boleh mengambil notis kehakiman bahawa perhimpunan jalanan seperti yang dianjurkan Bersih 3.0 pada 28 April tahun lepas memberikan kesan yang amat besar kepada peniaga di sekitar ibu negara.
Beliau berkata melalui pemerhatian dan maklumat daripada media cetak dan elektronik, mahkamah boleh melihat bahawa perhimpunan haram itu turut menyekat kebebasan orang ramai termasuk pelancong asing untuk memasuki ibu negara.
Abdul Wahab berkata orang ramai yang menyertai perhimpunan juga bertindak ganas terhadap anggota keselamatan yang bertugas dan menyebabkan kerosakan kepada harta awam.
Sementara itu peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar ketika menjawab hujahan tersebut berkata Seksyen 4(1)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 bersifat ultra vires kerana bertentangan dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman.
Pada 22 Mei tahun lepas, Anwar, 64, bersama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali, 48, serta Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin, 34, didakwa kerana menyertai protes jalanan yang menimbulkan kekecohan di ibu negara pada 28 April tahun lepas.
Mereka juga menghadapi tuduhan kedua iaitu bersuhabat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim dengan menghasut ketiga-tiganya membuka sekatan besi halangan di Jalan Raja di sini pada hari yang sama.
Mereka merupakan individu pertama didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.
Pada 2 Julai tahun lalu, mereka didakwa bersubahat dengan Tangam, Rajesh, Farhan serta lima lagi penyokong 'Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil' (Bersih 3.0) untuk melanggar perintah sebuah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April tahun lepas yang melarang satu perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka dari 28 April hingga 1 Mei tahun lepas.
Topic Berkaitan
#Akta Perhimpunan Aman 2012
#Bersih 3.0
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#makhamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan