Hujung November lalu, aktiviti di kota Venice seakan-akan lumpuh kerana ditenggelami banjir akibat air pasang besar dan musim hujan berlaku serentak. - Reuters
Gereja yang penuh artifak seni yang bersejarah ini juga tidak terlepas daripada dimasuki air banjir akibat musim kenaikan paras air laut. - Reuters
Seorang lelaki dengan topeng ornamen berjalan meredah banjir di salah satu lokasi popular di tengah kota usang Venice. - Reuters
Pelanggan restoran di Venice tetap cuba menikmati tarikan suasana alfresco walaupun kaki mereka sudah 'tercelup' dalam air banjir. - Reuters
Venice yang terkenal dengan bangunan bersejarah berusia ratusan tahun semakin terancam dengan kenaikan paras air. - Reuters
Seorang anggota polis Itali sedang menjalankan tugas pemantauan keselamatan di platform pejalan kaki yang dibina khas akibat kenaikan poaras air. - Reuters
Bisnes pun terjejas. Restoran di kawasan popular di Venice ini terpaksa berdepan fenomena banjir sebegini setiap tahun. - Reuters
Sepasang kekasih menikmati detik matahari terbenam walaupun berdiri di kawasan yang sudah digenangi air banjir di Venice. - Reuters