awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai mula mengemaskini ASB hari ini

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2013
11:52 MYT
Orang ramai mula mengemaskini ASB hari ini
Hari ini orang ramai mula mengemaskini Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) di kaunter Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Tinjauan Astro Awani mendapati orang ramai masih beratur panjang menunggu giliran masing masing.
Malah ada yang datang seawal jam enam pagi untuk mengemaskini ataupun mengeluarkan dividen masing masing.
Tinjauan Astro Awani pada jam 1 tengahari mendapati orang ramai masih beratur di kaunter PNB.
Malah ada yang menunggu lebih 3 jam berikutan terlalu ramai orang.
Akibat terlalu sesak, sistem komputer di kaunter tergendala seketika sebelum ia berfungsi semula 20 minit selepas itu.
Sehubungan itu ada yang menyeru agar sistem penyampaian PNB dipertingkatkan bagi memastikan urusan kaunter berjalan lancar.
Walau terpaksa menunggu lama namun orang ramai tetap gembira kerana ini merupakan pembahagian dividen tertinggi ASB dalam tempoh lima tahun.
Ada diantara mereka merancang untuk melaburkan kembali dividen yang diterima ada juga yang mahu mengeluarkannya.
PNB sebelum ini mengumumkan pengagihan dividen 7.75 sen seunit bagi ASB dengan bonus 1.15 sen.
Topic Berkaitan
#Amanah Saham Bumiputera
#ASB
#Permodalan Nasional Berhad
#PNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan