awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penempatan koloni PATI ‘kebal’ tepi lebuh raya digempur, 71 ditahan
Kakak tidak sangka pertemuan dengan Mohamed Saiful dua minggu lepas adalah yang terakhir
Tunku Kecil Muda dahului 532 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadual padat menanti PM di hari pertama WEF

Bernama
Bernama
24/01/2013
10:38 MYT
Jadual padat menanti PM di hari pertama WEF
Jadual padat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyaksikan beliau "tidak menang tangan" pada hari pertama berlangsungnya Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Jadualnya yang bermula seawal pagi hinggalah ke lewat petang, termasuklah mesyuarat tanpa henti dengan para ketua negara, pemimpin ekonomi, gergasi korporat serta kumpulan media asing.
Ini tidak termasuk ribuan delegasi WEF yang ingin bercakap dengan beliau secara tidak rasmi dan mereka yang benar-benar serius mahu mengetahui apa yang Malaysia boleh tawarkan.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, akan memulakan hari dengan mesyuarat dengan Mercuria Energy Switzerland, syarikat urus niaga komoditi antarabangsa yang kompetitif dan milik persendirian yang aktif dalam spektrum meluas pasaran tenaga global.
Ia diikuti dengan pertemuan dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Pascal Lamy yang telah dipilih semula secara sebulat suara oleh majlis agung untuk penggal kedua selama empat tahun, bermula 1 Sept, 2009.
Perdana Menteri juga akan mengadakan mesyuarat dengan pengerusi Itochu Corp., Eizo Kobayashi dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hanwha Group, Nam Gyu Cha.
Kedua-dua syarikat merupakan konglomerat di negara masing-masing.
Ia akan diikuti dengan mesyuarat dua hala dengan Menteri Kewangan Kanada, James M. Flaherty dan kemudiannya pertemuan dengan Ketua Eksekutif Evonik Industries AG, Klaus Engel.
Evonik Industries, perbadanan yang beribu pejabat di Essen, North Rhine-Westphalia, Jerman, ialah antara syarikat pengurusan kimia khusus terkemuka dunia.
Mesyuarat akhir Najib pada hari pertama ialah dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, Jadual itu tidak berhenti di situ kerana beliau akan ditemubual pula oleh Financial Times.
Pada malamnya, beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Datuk Ho May Yong, Duta Besar Malaysia ke Switzerland.
Topic Berkaitan
#Davos
#Najib Tun Razak
#World Economic Forum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan