awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak
Lelaki gagal larikan rantai emas berharga RM30,000
Kerap dilanda banjir, penduduk Kampung Pasir Raja rayu pembinaan masjid baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot aktivis Taiwan berpatah balik selepas dibedil meriam air

AFP
AFP
24/01/2013
10:19 MYT
Bot aktivis Taiwan berpatah balik selepas dibedil meriam air
Sebuah bot yang membawa aktivis-aktivis Taiwan menuju ke pulau yang dikawal Jepun telah berpatah balik selepas kapal pengawal dari kedua belah pihak diserang meriam air.
Rancangan untuk mendarat di pulau Laut China Timur terbengkalai selepas bot yang membawa tujuh orang termasuk empat aktivis Taiwan telah dikepung oleh kapal pengawal Jepun.
“Kami menembak meriam air antara satu sama lain” Kata jurucakap pengawal pantai Taiwan, Shih Yi-Che ketika mengulas kejadian yang berlaku.
Pulau yang menjadi perebutan itu dipercayai berada di kawasan pelabuhan rizab sumber mineral berharga yang dikenali sebagai Sensaku dalam bahasa Jepun dan Diaoyu dalam bahasa Cina.
China dan Taiwan juga mendakwa bahawa pulau tersebut adalah kepunyaan mereka.
“Bot tersebut meninggalkan sempadan negara pada jam 1:30 petang dan terus berlayar ke arah barat daya dari Senkakus” kata salah seorang pengawal pantai Jepun.
Aktivis-aktivis tersebut dijangka kembali ke Taiwan selepas meletakkan patung dewi laut di pulau itu sebagai tanda melindungi nelayan Taiwan di kawasan tersebut.
Ia juga bertujuan untuk mengekalkan kedaulatan mereka di pulau itu.
Stesen penyiar Jepun, NHK melaporkan bahawa Taipei telah menghantar enam bot peronda untuk melindungi bot tersebut dan ia merupakan bot yang sama yang telah cuba memasuki pulau itu pada Julai lalu.
Kapal pengawal Jepun dan Taiwan pernah membuat serangan meriam air ke atas satu sama lain September yang lalu setelah berdozen-dozen bot Taiwan memasuki sempadan pulau tersebut.
Pulau tersebut telah menjadi adegan perebutan diplomatik antara Jepun dan China untuk beberapa bulan.
Sementara itu, kebanyakkan pengulas percaya dua kuasa ekonomi terbesar Asia ini akan mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan masalah yang telah menjejaskan hubungan mereka untuk beberapa dekad, salah amaran boleh membawa kepada konfrontasi bersenjata.
Topic Berkaitan
#aktivis Taiwan
#Diaoyu
#Pulau Laut China Timur
#Sensaku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan