awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

19,000 sukarelawan 1M4U cari William Yau

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
21/01/2013
23:01 MYT
19,000 sukarelawan 1M4U cari William Yau
Seramai 19,000 sukarelawan anak-anak muda 1Malaysia For Youth (1M4U) digerakkan untuk membantu usaha mencari William Yau Zhen Zhong, kanak-kanak yang hilang sejak Khamis lepas.
Exco 1 1M4U, Datuk Irmohizam Ibrahim memaklumkan, langkah awal telah diambil dengan penyebaran maklumat melalui media-media sosial kepada seluruh sukarelawan di bawah naungan badan itu.
"Kita sedang menyusun langkah-langkah yang strategik selain bekerjasama dengan agensi keselamatan seperti polis untuk mencari kanak-kanak itu", kata beliau.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asistem Komisioner Yahaya Ramli sebelum ini memaklumkan misteri kehilangan Zhen Zhong, 6 tahun sejak 17 Januari lalu di Subang Jaya masih diklasifikasikan sebagai kes orang hilang dan bukan culik.
Ini kerana kes ini tidak melibatkan sebarang wang tebusan yang diminta daripada keluarga mangsa.
Polis percaya ada individu telah menemui Zhen Zhong yang dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya Rabu lalu, sebelum menyembunyikan kanak-kanak itu.
Pada waktu yang sama, Skuad Sayang Wanita Barisan Nasional juga akan mengedarkan poster Zhen Zhong di sekitar ibu kota pada Selasa.
Orang ramai yang ada maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta menghubungi polis di talian 03-56319800, 012-2197133 atau bapa mangsa, Yau Kok Kang di talian 016-9691616.
Topic Berkaitan
#1M4U
#1Malaysia For Youth
#William Yau Zhen Zhong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan