awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang BAS.MY di Negeri Sembilan catat peningkatan 35 peratus - Exco
Syahir Rosdi punya sebab tepis dilabel tekong terbaik dunia
Malaysia angkat kebersamaan ASEAN dalam dunia bergolak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

35 bot peronda banjir RM1.41 juta diagih

Bernama
Bernama
30/11/2012
02:12 MYT
35 bot peronda banjir RM1.41 juta diagih
Sebanyak 35 buah bot peronda banjir bernilai RM1.41 juta akan diagihkan kepada semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) seluruh negara untuk digunakan ketika musim bencana itu.
Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata bot berkenaan mempunyai ciri terkini iaitu ringan, permukaan bawah bot yang rata, beroda dan dilengkapi lampu siren.
"Permukaan bawah bot yang rata direka khas untuk bencana banjir kerana ia juga boleh digunakan di kawasan air cetek berbanding bot biasa.
"Bot ini merupakan tambahan kepada lebih 300 buah bot sedia ada di seluruh negara dan akan diedarkan antara satu dan dua unit untuk setiap IPK bergantung kepada negeri yang berisiko tinggi berlaku banjir," katanya Khamis.
Zulkifli berkata bot peronda banjir itu juga adalah sebagai persediaan untuk digunakan bagi membawa pengundi sekiranya pilihan raya umum (PRU) akan datang dijalankan ketika berlakunya bencana itu.
Terdahulu, Zulkifli menyerahkan bot peronda banjir yang boleh memuatkan 10 orang itu kepada IPK Selangor di Kompleks Stor Material Spesifik (SMS) Polis DiRaja Malaysia Shah Alam Khamis.
Topic Berkaitan
#banjir
#Bot Peronda
#IPK
#PRU-13
#SMS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan