Taman tema Movie Animation Park Studio (MAPS) di Ipoh mempunyai lebih 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia termasuk Boboiboy, The Smurfs dan beberapa watak animasi dari Dreamworks. - foto BERNAMA
Para pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar bersama watak Boboiboy dan Yaya sempena pra pembukaan Movie Animation Park Studio (MAPS), 26 Jun, 2017. - foto BERNAMA
Para penonton menyaksikan aksi lagak ngeri yang dipersembahkan oleh Stunt Legend di Movie Animation Park Studio (MAPS), Ipoh, 13 Disember, 2017. - foto BERNAMA
Sekumpulan wakil media berpengalaman merasai sambutan harijadi hantu comel Casper semasa menaiki roller coaster di dalam gua, ketika lawatan ke MAPS, di Ipoh, 13 Disember, 2017. - foto BERNAMA
Megamind Megadrop, 'drop tower' tertinggi di Malaysia, di Dream Zone, MAPS, akan dibuka secara rasmi selepas pemeriksaan akhir dan kelulusan oleh DreamWorks pada 10 Januari, 2018. - fotoBERNAMA
MAPS dijangka menarik sejuta pelawat asing dan tempatan sepanjang tahun pertama operasinya apabila kesemua zon taman tema itu dibuka sepenuhnya pada Januari 2018. - fotoBERNAMA
Taman tema MAPS dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja dan 10 pagi hingga 10 malam pada hujung minggu dan cuti umum. - fotoBERNAMA
Wakil media dikejutkan oleh karakter The Croods di hadapan roller coaster The Croods Crazy Chase ketika lawatan di MAPS, 13 Disember, 2017. - fotoBERNAMA