awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan: 43.23 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
Senarai baharu barangan SARA akan dikemas kini sebelum Ramadan
PM Anwar sangkal dakwaan Malaysia beri 5,207 hektar tanah kepada Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'18888888888' nombor telefon paling mahal di dunia

Gempak
Gempak
18/04/2017
06:00 MYT
'18888888888' nombor telefon paling mahal di dunia
Bagi masyarakat di China, nombor enam dan lapan dianggap bertuah. - Gambar hiasan
BERAPAKAH harga yang anda sanggup bayar untuk membeli satu nombor telefon?
Di China, nombor 18888888888 berjaya dilelong pada harga 120 juta yuan (RM75.7 juta) sekali gus memecah rekod dunia sebagai nombor telefon paling mahal.
Harga itu tidak termasuk telefon, masa panggilan atau caj data.
Dalam bahasa Mandarin, sebutan angka lapan berbunyi seperti kemakmuran dan disifatkan sebagai nombor bertuah.
Nombor telefon itu kemudiannya didaftarkan di bawah sebuah syarikat China, Shantou, namun masih tidak diketahui siapa pemilik nombor berkenaan.
Pengguna telefon di negara itu sanggup membayar lebih untuk nombor telefon dengan angka berulang, nombor yang memiliki makna tertentu (misalnya tarikh lahir) atau nombor yang memaparkan angka enam atau lapan.
Bagi penduduk negara itu, nombor enam dan lapan dianggap bertuah.
Nombor telefon bertuah boleh mencecah harga puluhan ribu dolar di China namun nombor 18888888888 direkodkan sebagai nombor paling mahal pernah dilelong.
Hasil lelongan itu akan didermakan kepada badan kebajikan.
Topic Berkaitan
#China
#nombor bertuah
#nombor telefon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan