awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 sebab kenapa bina rumah menggunakan buluh adalah pilihan lebih bijak!

Shafizan Johari
Shafizan Johari
29/01/2018
00:04 MYT
5 sebab kenapa bina rumah menggunakan buluh adalah pilihan lebih bijak!
Antara contoh binaan berasaskan buluh di Malaysia ialah 'The Bamboo Playhouse di Taman Botanikal Perdana Kuala Lumpur hasil rekaan Eleena Jamil Architects. Foto ThinkCity.com.my
BOSAN dengan rumah yang dibina menggunakan batu bata? Jika anda merancang untuk membina rumah untuk kediaman, atau apa-apa juga binaan seperti gazebo, rumah permainan atau sebagainya, anda mungkin boleh pertimbangkan buluh sebagai bahan binaan utama.
Berikut lima sebab mengapa buluh mungkin jadi bahan binaan paling sesuai untuk membina kediaman anda!
Bahan yang lebih lestari Buluh boleh tumbuh lebih cepat. Ia hanya memerlukan tempoh 3 tahun untuk matang dan sesuai digunakan sebagai bahan binaan berbanding kayu balak yang memerlukan tempoh antara 20 hingga 50 tahun untuk matang.
Ringan Sifat buluh yang ringan memudahkannya untuk dialih tanpa menggunakan jentera berat. Ini boleh mengurangkan kos dan masa pembinaan.
Kuat Buluh mempunyai daya ketahanan seperti konkrit dan mampu menahan tekanan sehingga empat ton. Ia juga tahan lama sehingga mencapai jangka usia sepanjang hayat.
Tahan gempa Penyelidik dari Pusat Kajian BInaan Infrastruktur, Universiti Teknologi Sydney yang membuat kajian mengenai bahan binaan tahan gempa menemukan buluh sebagai bahan penting yang mampu menampung struktur agar ia tidak runtuh. Buluh juga sudah cukup kuat untuk menahan daya yang kuat yang terhasil daripada gempa.
Cantik dan unik Seperti mana-mana, aspek estetik turut memainkan peranan penting. Binaan daripada buluh bukan sahaja menakjubkan malah boleh dijadikan daya tarikan yang ikonik.
Begitupun, arkitek tempatan, Eleena Jamil dalam satu temubual bersama ThinkCity berpendapat penggunaan buluh sebagai bahan binaan masih belum jadi amalan di Malaysia memandangkan masih tiada standard mengenai penggunaannya.
“Alangkah bagusnya kalau kita boleh menggunakan buluh sebagai bahan binaan utama. Cabarannya ialah bagi mewujudkan beberapa jenis peraturan dan piawaian mengenai cara merawat buluh untuk memastikan buluh yang akan digunakan ini benar-benar dirawat dengan baik dan pada usia yang tepat, saiz yang betul dan kekuatan yang betul,” jelasnya.
Ini merupakan sekolah 'Green School' di Bali, Indonesia yang dibina oleh sebuah firma rekaan binaan 'Ibuku'.
Ini merupakan sekolah 'Green School' di Bali, Indonesia yang dibina oleh sebuah firma rekaan binaan 'Ibuku'. Foto diambil dari laman web Ibuku.com
Ini merupakan sekolah 'Green School' di Bali, Indonesia yang dibina oleh sebuah firma rekaan binaan 'Ibuku'. Foto diambil dari laman web ‘Ibuku.com’.
Ini merupakan sekolah 'Green School' di Bali, Indonesia yang dibina oleh sebuah firma rekaan binaan 'Ibuku'. Foto diambil dari laman web ‘Ibuku.com’.
Antara contoh binaan berasaskan buluh di Malaysia ialah 'The Bamboo Playhouse’ di Taman Botanikal Perdana Kuala Lumpur hasil rekaan Eleena Jamil Architects.
Buluh memerlukan rawatan kerana ia secara semulajadinya terdedah kepada jangkitan kulat dan serangga dan ia boleh menyebabkan ia rosak.
Bagi pelopor binaan buluh, Elora Hardy yang memulakan gerakan binaan buluh di Bali, buluh, katanya, mudah dirawat menggunakan ‘Borax’, iaitu sejenis garam semulajadi.
Teknik ini diguna beliau untuk membina sebuah sekolah mesra alam di Bali.
Topic Berkaitan
#arkitek
#bangunan
#buluh
#Eleena Jamil
#lestari
#senibina
#sustainability
#ThinkCity
#urban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan