awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adakah anda sunyi? Kesunyian itu boleh membunuh!

Andy Reza
Andy Reza
21/08/2018
08:10 MYT
Adakah anda sunyi? Kesunyian itu boleh membunuh!
Di United Kingdom, lebih sembilan bilion atau 14 peratus daripada keseluruhan penduduknya dilaporkan mengalami masalah kesunyian, tahun lepas. - Gambar hiasan
KESUNYIAN, kini menjadi salah satu masalah dan penyakit utama penduduk dunia dengan jumlahnya terus meningkat saban tahun.
Ia bukan semata-mata perasaan bersendirian tanpa teman tetapi penyebab kepada masalah kesihatan kronik seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Kajian AGE UK BARNET menunjukkan, kesunyian lebih berbahaya berbanding obesiti sekali gus dilihat sama buruk dengan menghisap 15 batang rokok sehari.
Di United Kingdom, lebih sembilan juta atau 14 peratus daripada keseluruhan penduduknya dilaporkan mengalami masalah kesunyian, tahun lepas.
Data menunjukkan, warga emas, golongan kurang upaya, miskin, penganggur dan imigran merupakan golongan paling mudah berasa sunyi, kerana cenderung dipinggirkan keluarga serta masyarakat.
Lebih mengejutkan, remaja berusia 16 hingga 24 tahun lebih sunyi berbanding warga emas. - Gambar hiasan
Lebih mengejutkan, remaja berusia 16 hingga 24 tahun lebih sunyi berbanding warga emas. - Gambar hiasan
Juga, individu anti-sosial dan gila kerja, hingga tiada masa mencari pasangan.
Lebih mengejutkan, remaja berusia 16 hingga 24 tahun lebih sunyi berbanding warga emas berusia 65 tahun ke atas.
Situasi itu didorong perkembangan teknologi dan konflik keluarga.
Menyedari hakikat keperluan menangani masalah itu, jawatan Menteri Kesunyian diwujudkan di negara berkenaan, pada Januari.
Tracey Couch yang memegang portfolio itu secara rasmi pada April, telah mengadakan perbincangan bersama pembuat dasar dari Sweden dan Kanada, bagi mencari penyelesaian mengatasi isu kesunyian.
Ia termasuklah meningkatkan penglibatan golongan kesunyian dengan aktiviti kemasyarakatan.
Menurut Persatuan Psikologi Amerika Syarikat, situasi sama berlaku di negara Uncle Sam itu, dengan 40 peratus penduduk dewasanya dilaporkan mengalami kesunyian.
Sementara memetik laporan The Straits Times Asia, masalah kesunyian di Jepun lebih mengejutkan dan mengerikan.
Kodokushi, atau mati keseorangan, menjadi trend yang semakin membimbangkan di negara matahari terbit itu.
Ini kerana, 27.7 peratus populasinya berusia lebih 65 tahun dan ramai berputus asa untuk mencari pasangan ketika sampai ke pertengahan usia, lalu memilih untuk hidup bersendirian.
Tiada statistik rasmi tentang kes orang mati tanpa diketahui selama berhari-hari atau berminggu-minggu, namun pakar menganggarkan jumlah itu mencapai 30,000 kes setahun.
Trend sama turut berlaku di Korea, dengan kes mati bersendirian digelar Godoksa.
Menurut laman web Quartz, sebanyak 62 peratus atau 366 kes Godoksa dilaporkan tahun lepas dan kebanyakannya melibatkan lelaki berusia 45 hingga 65 tahun.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#Jepun
#keluarga
#kesihatan
#kesunyian
#Korea
#Korea Selatan
#Korea Utara
#lelaki
#mati
#menteri
#murung
#remaja
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan