Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Aidiladha: Tradisi sambutan unik empat negara

Aidiladha: Tradisi sambutan unik empat negara
Jika di Malaysia, sembelihan korban menjadi tradisi, bagaimana agaknya di negara-negara lain?
HARI ini umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha. Di Malaysia, acara penyembelihan korban seperti lembu dan kambing merupakan satu kebiasaan.

Bagaimana pula dengan negara lain?

Mari kita lihat beberapa tradisi perayaan Aidiladha di beberapa negara lain.

Pakistan
Empat hari cuti umum diberikan kerajaan Pakistan bagi sambutan Aidiladha.

Sebelum ke masjid, golongan wanita mengenakan inai dengan rekaan yang unik dan memakai tudung berwarna-warni, sementara golongan lelaki memakai salwar kameez tradisional dan memakai minyak atar.
Kazakshtan

Selain tradisi korban dan rumah terbuka seperti kita di negara ini, umat Islam di Kazakhstan juga mengamalkan turun ke jalanan untuk bertemu mereka yang kurang bernasib baik bagi menghulurkan derma atau makanan. Mereka juga akan bertukar hadiah antara ahli keluarga.

Mesir

Aidiladha disambut umpama festival di sini.

Di ibu negara, Kaherah, kanak-kanak bermain permainan pelbagai jenis permainan dan diberikan belon berwarna-warni secara percuma.

Paling menarik, di Masjid Al-Seddik di Kaherah, jemaah akan solat di bawah kumpulan besar belon yang akan dilepaskan selepas selesai solat.

Maghribi

Berbeza dengan Aidilfitri, Aidiladha disambut dengan sangat meriah di Maghribi. Cuti umum diberikan namun tidak ramai yang mengambil cuti.

Semasa Aidiladha pula, suasana terasa begitu 'hidup'. Kanak-kanak dan orang dewasa mengerumuni jalan dan lorong di kampung atau bandar.

Letupan mercun boleh didengari di sana sini. Tabla pula dimainkan, mengiringi laungan takbir.